Katakan TIDAK pada straw plastik

Kempen anti penyedut minuman (straw) plastik semakin dilaungkan. Setelah Starbucks dan KFC, kini banyak restoran tidak menyediakan penyedut  plastik. Laporan yang dipetik daripada Times of India memdedahkan penyedut plastik dianggap berbahaya bagi kesihatan.

Mengambil lebih banyak minuman

Menghirup minuman menggunakan penyedut membuat anda menelan lebih cepat daripada minum menggunakan mulut. Ketika seseorang menyedut minuman melalui penyedut, mereka hilang ketepatan jangkaan jumlah cairan yang diminum. Oleh sebab itu, anda lebih mudah  mengambil gula atau alkohol berlebihan ketika minum menggunakan penyedut.

Kerosakan gigi

Ketika menyedut minuman bergula atau masam, straw bertindak seperti pengantara. Dengan demikian, cairan minuman hanya menyentuh kawasan tertentu pada gigi sehingga menyebabkan kerosakan permukaan gigi.

Gas dan kembung perut

Gas atau angin dalam perut biasanya membuat anda rasa tidak selesa. Jika anda menghisap melalui penyedut, udara akan turut masuk ke dalam perut bersama air yang anda minum. Ini menyebabkan udara masuk ke tempat pencernaan dan menyebabkan kembung perut serta berangin.

Kimia

Penyedut (straw) diperbuat terutama daripada polypropylene iaitu daripada bahan minyak mentah dan ketika anda mengisap cairan melalui penyedut maka tubuh anda berhadapan dengan bahan kimia. Polypropylebe meskipun dalam jumlah tertentu dianggap selamat oleh Persatuan Makanan Persekutuan Amerika, namun telah terbukti ia memendap bahan kimia dalam cairan yang anda minum.

Bahan kimia ini merugikan kesihatan dan boleh mempengaruhi hormon anda, terutama estrogen. Larutan bahan kimia lebih tinggi ketika anda menghirup pada waktu cuaca panas dan ultra violet (UV) dan minuman daripada jenis masam.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!