‘Kedinginan’ Frozen 2 Di Sunway Pyramid

Hanya tinggal lima hari sahaja lagi, filem sekeul yang penah mencetuskan fenomena hangat dalam kalangan peminat filem animasi, Frozen 2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 November ini.

Apa yang lebih menarik, pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Subang Jaya turut menghangatkan lagi kedatangan filem Walt Disney Animation Studios itu dengan menghiasi LG2 Orange Concourse di pusat membeli-belah itu dengan hiasan mengikut tema filem berkenaan dari 8 November lalu sehingga 1 Disember ini.

Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, Kevin Tan memberitahu, di samping membangkitkan lagi keseronokan, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah berupa set barangan eksklusif Frozen 2 selepas menyelesaikan semua tugasan yang boleh diakses dengan aplikasi mudah alih Sunway Pyramid.

“Kami semua di Sunway Pyramid mempunyai keyakinan penuh dalam mewujudkan pengalaman ajaib melalui jenama dan watak-watak yang disayangi ini, khusus bagi pengunjung daripada semua peringkat umur.

“Kami amat teruja untuk membangkitkan keriangan pengunjung menerusi pengalaman filem Frozen 2 dalam menambah pengalaman membeli-belah dan menikmati hidangan menjamu selera yang menyeronokkan, di samping melahirkan memori yang indah bersama mereka yang tersayang,” katanya.

Jadi tunggu apa lagi. Segeralah ke Sunway Pyramid pada hujung minggu ni. Keriangan buat si kecil tersayang!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!