Kekacang Bantu Tingkatkan Profil Metabolik Sel Lemak Untuk Obesiti

Satu kajian yang dibiayai oleh INC (pertubuhan naungan antarabangsa untuk industri kekacang dan buah-buahan kering) baru-baru ini, diterbitkan dalam jurnal Communications Biology, menunjukkan bahawa beberapa jenis kacang seperti kacang walnut dan kacang hazel boleh membantu meningkatkan profil metabolik sel-sel lemak. Kajian ini turut mendedahkan fungsi-fungsi anti radang baharu daripada kekacang ini.

Obesiti ialah keadaan pembesaran tisu adipos untuk menyimpan pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan kalori yang berlebihan boleh membawa kepada pembentukan sel-sel lemak, yang menggalakkan kemerosotannya (penuaan) menerusi peningkatan penghasilan molekul-molekul prokeradangan. Keradangan gred rendah ialah faktor penting dalam perkembangan rintangan insulin dan diabetes jenis 2 dalam obesiti.

Kredit Foto: ostro-organics.com

Kajian ini mencirikan miRNA (asid nukleik kecil yang terlibat dalam pengaturan ekspresi gen) yang dibawa oleh nanovesikel (penggiat baru muncul dalam komunikasi sel-ke-sel) diasingkan daripada kacang walnut dan kacang hazel serta menguji tahap keberkesanannya ke atas profil keradangan dan metabolik dalam sel-sel lemak.

Penyelidik-penyelidik mendapati bahawa dua miR tumbuhan terpelihara (miR156c dan miR159a) dapat mengehadkan respons keradangan dan memulihkan kepekaan insulin dalam tikus obes (diberi makan dengan diet tinggi lemak).

Kredit Foto: medicalnewstoday.com

Keputusan mencadangkan bahawa miR kekacang dapat meningkatkan profil metabolik pada sel-sel lemak dan mendedahkan fungsi antiradang baharu dalam makanan tumbuhan (termasuk kekacang) sebagai terapeutik yang menggalakkan untuk merawat keradangan gred rendah.

“Kajian ini telah mengenal pasti asid nukleik kekacang bahawa, hasil daripada ketersediaan bio yang tinggi dan tindakan antiradangnya, berupaya untuk mengehadkan perkembangan penyakit metabolik yang dikaitkan dengan obesiti,” ujar Dr. Lettieri Barbato, penyelidik di University of Rome “Tor Vergata” dan penyelidik utama kajian ini.

Kredit Main Foto: examiner.com.au

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!