Kenapa Kita Perlu Makan Malam Sebelum Pukul 8?

Makan berat sebelum tidur akan membuat perut rasa tidak selesa ketika berbaring. Mungkin ia boleh mengganggu waktu tidur anda. Biasa kita dengar, mereka yang sedang berdiet akan cuba berhenti makan sebelum jam 8 malam?

Ada yang kata, makan smalam,  akan membuatkan tubuh menyimpan lemak dengan lebih banyak. Kenapa kita digalakkan makan sebelum malam. Antara sebabnya :

1.Terhindar daripada obesiti       
Ini kerana sistem pencernaan tubuh tidak berjalan dengan baik ketika malam hari dan sistem metabolisme cenderung lebih perlahan. Jika anda makan malam lebih awal maka anda mampu terhindar daripada obesiti.

Kredit Foto : www.trainer.ae

2. Memberikan masa untuk pencernaan
Keuntungan makan lebih awal, anda memberikan lebih masa untuk sistem pencernaan bekerja. Sebab ketika tidur, proses pencernaan makanan tidak akan berjalan sempurna.

3. Mengurangi kecenderungan makan berlebihan
Makan sebelum pukul 8 malam juga akan membuat anda terhindar daripada kecenderungan makan berlebihan. Sebab jarak antara makan siang dan makan malam tidak terlalu lama, sehingga tidak terasa terlalu lapar pada waktu malam.

4. Menghindari kenaikan asid
Makan berat sebelum tidur akan memberi rasa tidak selesa ketika berbaring. Selain itu, asid dalam perut akan naik dan akan menyebabkan rasa seperti terbakar pada bahagian hati.

Kredit Foto : thenypost.files.wordpress.com
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!