Kerabu Kaki Ayam Untuk Pesakit Lutut

Jika anda menghadapi masalah lutut terutamanya kaum wanita, inilah masanya untuk anda amalkan makan kaki ayam. Antara kelebihan dan khasiat kaki ayam :

  • Baik untuk sendi dan mengurangkan risiko tulang rapuh
  • Kaya dengan kolagen
  • Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
  • Kaya dengan kalsium dan protein
  • Membentuk priobotik semulajadi
  • Sihatkan Saluran Pencernaan

Kerabu Kaki Ayam antara menu yang paling mudah untuk disediakan

KERABU KAKI AYAM DAUN PEGAGA

 BAHAN A
1 kg kaki ayam

BAHAN B                                                      
3 ulas bawang putih – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
3 tangkai cili merah-hiris
4 batang serai – hiris
2 tangkai cili hijau – hiris
5 tangkai cili padi – hiris
1 biji kelapa parut – sangai
3 cm  belacan-bakar
2 biji jus limau nipis
1 ikat daun pegaga – hiris
Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebus kaki ayam dan tuskan airnya.
  2. Satukan ke semua bahan B, gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan isi kaki ayam dan daun pegaga. Sebatikan rasa garam dan gula secukup rasa.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!