Khasiat Optimum Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL

Susu kurma adalah minuman cukup popular ketika ini. Ramai yang memilih susu kurma ketika sahur sebagai pembekal tenaga sepanjang hari berpuasa. Sedar dengan khasiat terbaik ini, MARIGOLD HL kini memperkenalkan varian terbaharunya iaitu Susu Rendah Lemak Kurma.

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL adalah adunan yang diperkaya dengan khasiat kebaikan dan kemanisan kurma segar bersama Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL. Susu berperisa kurma ini diperkuat dengan sembilan vitamin penting, khususnya vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E dan Asid Folik.

Ia juga mempunyai kandungan kalsium lebih tinggi dan kandungan lemak dan laktosa lebih rendah. Penambahan kurma yang amat berkhasiat memperkuatkan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL sebagai “kelebihan berganda” – satu gelas membekalkan khasiat untuk tenaga berpanjangan bagi badan dan minda.

Pengambilan satu gelas Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL semasa bersahur memastikan badan kita terus terhidrat dan bertenaga sepanjang tempoh berpuasa.

Susu ini cukup berkhasiat untuk diminum begitu sahaja, digunakan dalam resipi manisan pencuci mulut atau dimakan bersama bijirin. Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL boleh didapati di semua pasar raya utama, pasar raya besar dan kedai serbaneka pada harga antara RM6.49 dan RM7.50 (1 Liter).

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!