KTM Perkenal Koc kelas Perniagaan Dilengkapi Pramugari

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan tampil dengan perkhidmatan terbaharunya apabila tren elektrik ETS2 bakal dilancarkan Oktober ini. Bukan itu sahaja, sebuah koc “business class” turut diperkenalkan yang merupakan salah satu daripada enam koc ETS2.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah perbezaan koc “business class” ETS2 berbanding dengan yang lain? Bagi koc “business class” ETS2 ini anda akan dapat merasai pengalaman;

  • Perkhidmatan pramugara dan pramugari KTMB
  • Tempat duduk yang lebih luas dan selesa
  • Kit perjalanan (travel kit)
  • Audio Video on Demand (AVOD)
  • Port USB pada tempat duduk

Jadi, bersempena dengan pengenalannya kepada umum kelak, KTMB telah mengadakan promosi bagi tiket perjalanan bermula pada 11 Oktober hingga 30 November 2019. Bagi warga emas, pesara kerajaan dan isteri, kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun layak untuk menerima diskaun konsesi manakala bagi kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah adalah percuma.

Berikut adalah harga tiket promosi yang ditawarkan untuk masa terhad

  • Perjalanan sehala Kuala Lumpur dan Ipoh – RM50 untuk dewasa
  • Perjalanan sehala Kuala Lumpur dan Padang Besar – RM112 untuk dewasa

Tiket harga promosi ini akan mula dijual mulai 8.30 pagi 12 September ini. Jadi, apa tunggu lagi!

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung ETS2 dengan melayari laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau ktmbberhad (Facebook), ktmbofficial (instagram), @ktmb_berhad (twitter) atau menerusi Pusat Panggilan 24 jam KTMB di talian 03-22661200.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!