Kuasa Buah Betik Pada Lelaki

Buah betik antara buah yang menjadi pilihan  untuk dimakan. Selain faktor  murah dan senang didapati,  khasiat betik dan zatnya yang tinggi amat diperlukan oleh tubuh badan.

Sebagai Tonik Tambahan

Mengamalkan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Mujarab bagi menyembuhkan gangguan penghadaman makanan.

Ubati Sakit Otot dan Sendi

Bagi kaki gym, rawatan secara semula jadi kala sakit otot setelah bersenam di gym dengan menggunakan daun betik yang dilayur atas api.  Lekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi sakit sendi pula, minum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis dapat membantu mengurangkan kesakitan.

kredit foto https://minimalistbaker.com

Merawat Buasir dan Sembelit

Selain kaya dengan vitamin C, betik amat berkesan dalam merawat buasir dan sembelit. Amalan memakan beberapa potongan betik membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit dari berlaku.

Vitamin Untuk Kulit Cantik

Selain selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan. Disamping menghaluskan kulit mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda. Bagi merawat masalah kulit yang berjerawat, hancurkan buah betik dan sapukan di tempat yang bermasalah selama setengah jam. Cuci dengan air bersih, lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Haa… kan senang bagi anda yang malas nak mencuci muka tu.

Atasi Tumit Pecah

Antara rawatan tradisional bagi mengubati masalah tumit pecah dengan menggunakan buah betik muda yang  dibelah dua. Ambil getahnya dan sapu pada bahagian tumit yang pecah. Lakukan selalu untuk hasil cepat. Barulah buah hati sayang tengok tumit kaki insan tersayang bersih terjaga.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!