Kudapan Di Petang Hari, Kacang Kuda Pedas Paling Sedap

 

KACANG KUDA PEDAS

BAHAN
500 gm kacang kuda
Sedikit garam
10 ulas bawang putih – tumbuk
1 sudu besar serbuk cili
1 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Kacang kuda direndam semalaman. Tuskan airnya.
  2. Kemudian rebus sehingga empuk. Setelah empuk, tuskan airnya. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan daun kari dan sedikit serbuk cili.
  4. Akhir sekali, masukkan kacang kuda dan gaul sebati. Hidangkan panas-panas, sangat sedap.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!