Kurang Stabil? Cari Serai…

Serai memang terbukti mempunyai khasiat yang tersendiri. Menurut petua orang lama, amalan minum air rebusan serai mampu mencantikkan dan menyihatkan dalaman wanita.

Kestabilan

Serai mengandungi pottasium yang cukup tinggi, kandungan ini bermanfaat dalam mengatasi dan menormalkan kembali tekanan darah yang tidak stabil pada tubuh. Dengan mengambil minuman yang mengandungi serai setiap pagi, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Mengatasi Masalah Perut

Air rendaman serai mampu mengatasi masalah gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit-birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Detoksifikasi

Serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekali gus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Agen Anti Kanser

Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semula jadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Melegakan Senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, masalah rasa mual juga akan turut hilang.

 

JUS SERAI PUDINA 

BAHAN:
1 batang serai – ketuk
10 helai daun pudina
2 biji limau kasturi – ambil jus
10 ml sirap monin
50 ml air
Ketulan ais

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan ke semua bahan di atas dan masukkan ketulan ais.
  2. Kemudian tuangkan di dalam bekas dan goncang selama beberapa saat.Kemudian tuangkan ke dalam gelas.
  3. Hiaskan dengan batang serai yang telah diketuk terlebih dahulu dan hirisan limau nipis.

 

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!