Lain Dari Yang Lain, Kelazatan Laksa Joget

LAKSA JOGET

BAHAN
1 paket laksa – rebus
2 sudu besar sambal belacan
4 ulas bawang putih – kisar
4 sudu besar sos cili
300 gm  sotong kering -rendam
2 sudu besar taucu
1 sudu besar cuka
Sedikit udang kering -tumbuk
3 biji tauhu – goreng
2 tangkai daun kucai
Minyak masak untuk menumis
3 sudu besar kicap pekat
Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bawang putih hingga garing, masukkan sambal belacan.
  2. Kemudian masukkan taucu, udang kering, sos cili dan cuka.
  3. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan sotong kering. Kemudian masukkan laksa dan gaul rata.
  4. Masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun kucai dan tauhu goreng.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!