Laksa Goreng Mak Mentua

Jika ada lebihan laksa, jangan dibuang boleh digoreng. Memang sedap dan rasa kenyal-kenyal. Ikutlah citarasa anda, cara memasaknya. Tapi saya memilih cara masak yang mudah, jimat dan cepat dimasak. Jika suka boleh aje, masukkan ayam, sotong atau udang. Ikut suka.

LAKSA GORENG

BAHAN
500 gm laksa kering – rebus
4 ulas bawang putih – kisar
2 labu bawang besar – kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
6 keping kek ikan – hiris nipis
2 biji telur
6 tangkai sawi
2 batang cili merah – hiris
Sedikit tauge
Sedikit minyak untuk menumis
Garam

CARA

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan hirisan kek ikan, cili kisar dan laksa. Gaul sehingga rata.
  3. Masukkan kicap manis dan kicap masin. Kacau sebati.
  4. Pecahkan telur, masukkan sawi, tauge dan garam secukup rasa.
  5. Setelah masak, taburkan hirisan cili merah dan bolehlah dihidangkan.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!