Larian Amal Kumpulan Pengilang Makanan Malaysia Menepati Sasaran

Buat julung kalinya, Kumpulan Pengilangan Makanan, sebahagian dari Persekutuan Pekilang-Pekilang Makanan Malaysia (FMM MAFMAG), pada 21 Julai lalu telah melancarkan larian amal keluarga, FMM MAFMAG ActivRun, di Taman Tasik Cyberjaya, dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif dan sihat.

Seramai 600 peserta telah menyertai FMM MAFMAG ActivRun, dan berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM50,000. FMM MAFMAG akan menyalurkan sumbangan ini kepada 50 keluarga dari komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Pantai. Inisiatif ini adalah kolaborasi Program Bantuan Makanan di bawah Yayasan MyKasih ‘Love My Neighbourhood’.

(Dari kiri) Zalma Abdul Razak, Nirmalah Thurai, Jeffrey Perera (Timbalan Pengerusi MyKasih Foundation) dan Dato’ Dr. Chong Chee Keong ketika penyampaian sumbangan bernilai RM15,000 untuk Program Bantuan Makanan Yayasan MyKasih.

Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Chong Chee Keong dan Pengerusi FMM MAFMAG, Nirmalah Thurai. Turut hadir Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Zalma Abdul Razak.

Ditubuhkan pada tahun 1984, FMM MAFMAG mewakili lebih daripada 78 syarikat pengilang makanan dan minuman di Malaysia. Penaja utama bagi FMM MAFMAG ActivRun adalah Nestlé (Malaysia) Berhad, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Mondelez International (Malaysia), Dutch Lady Milk Industries Berhad, Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd. dan Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd.

Derma amal ini akan membolehkan sebanyak 50 keluarga daripada Taman Sri Sentosa menerima bantuan melalui Program Bantuan Makanan Yayasan MyKasih. Keluarga-keluarga ini bakal menerima elaun bulanan melalui MyKad atau kad pintar MyKasih, yang boleh digunakan di kedai-kedai yang mengambil bahagian untuk membiayai perbelanjaan barangan makanan asas seperti beras, mi, minyak masak dan telur.

Selain daripada larian 10km dan 5km secara individu atau bersama ahli keluarga pada FMM MAFMAG ActivRun, para peserta turut dapat menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti Zumba, aktiviti Giant Bubble dan juga cabutan bertuah. FMM MAFMAG ActivRun turut menawarkan pemeriksaan kesihatan BMI secara percuma yang juga termasuk pemeriksaan kolestrol dan tekanan darah.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!