Lauk Kampung Tetap Jadi Pilihan

KULIT RAMBAI IKAN KEMBUNG

BAHAN
4 ekor ikan kembung
Kulit rambai – rendam
20 biji cili api
I inci kunyit hidup
1 ½  cawan santan
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup. Bila dah siap masukkan dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan santan dan kulit rambai. Bila dah mendidih baru masukkan ikan kembung. Rasa garamnya. Bila dah masak bolehlah diangkat.

 

GULAI MANGGA IKAN TENGGIRI

BAHAN
4 biji mangga muda / mangga epal – potong besar
3 keping ikan tenggiri
20 biji cili api
I inci kunyit hidup
1 ½  cawan santan
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup. Masukkan dalam periuk.
  2. Masukkan santan dan sedikit air ikut kelikatan masak lemak cili api kita. Bila dah mendidih baru masukkan ikan tenggiri bersama mangga. Rasa garamnya. Tunggu sebati dan hidangkan bersama nasi panas. 
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!