Lebih 100 Makanan Malaysia Di Muzium Wonderfood Penang

Nak berswafoto dengan makanan Malaysia? Tak perlu pergi jauh, semuanya ada di satu tempat. Lebih 100 jenis makanan tradisi dan kegemaran masyarakat negara kita, tanpa mengira latar sosial dan budaya ada di Muzium Wonderfood Penang ini! Memang cukup rare.

Terletak di dalam sebuah bangunan kolonial tahun 1940 di Georgetown, muzium itu terbahagi kepada tiga galeri iaitu Zon Info, Zon Wow dan Zon Pendidikan. Semua model hyper-realistik dibuat oleh pemilik muzium, Sean Lao menggunakan teknik replikasi makanan dari Jepun. Saiz jumbo pun ada okey!

Bahagian pertama mempamerkan lebih daripada 100 jenis makanan jalanan yang popular dan hidangan tradisional Melayu, India, Cina dan Perakanan. Zon Info juga menampilkan paparan kecil tentang bagaimana penduduk tempatan makan pada hari biasa, termasuk sarapan pagi di gerai nasi lemak, menikmati bubur gaya masyarakat Cina ketika makan tengah hari, diikuti dengan roti canai dan teh tarik di gerai mamak.

Pengunjung juga boleh melihat pelbagai model makanan istimewa Pulau Pinang seperti cendol, laksa, mi kari, rojak, char kuey teow dan ais kacang. Muzium ini juga mendidik orang ramai tentang bagaimana pilihan makanan tertentu boleh memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

Di dalam Zon Pendidikan, terdapat pameran meja sajian perkahwinan yang bertaburan dengan model jerung berdarah untuk menyerlahkan proses tidak berperikemanusiaan dalam penghasilan sup sirip ikan Yu. Ada yang suka makan tak? Kalau ya, maka lupakanlah!

Muzium ini terletak di Lebuh Pantai, berjarak lima minit berjalan kaki dari Queen Victoria Memorial Clocktower Penang. Tiket masuk untuk pelawat asing adalah RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Manakala penduduk tempatan (dengan MyKad) berharga RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Operasi: 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Kredit foto: www.penang.ws dan FB Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!