Lola Baba Fun Run 2019

Bersempena dengan Lola Baba Baby & Kids Festival 2019, festival kanak-kanak terbesar di Malaysia, satu acara larian Lola Baba Fun Run turut diadakan bagi melengkapkan lagi kemeriahan festival.

Larian sejauh 5km ini terbuka kepada semua peringkat umur yang dibahagikan kepada dua kategori, individu dan berkumpulan. Bagi penyertaan individu (1 – 99 tahun) yuran adalah sebanyak RM60, manakala bagi penyertaan berkumpulan dua orang (peserta pertama: 18-99 tahun & peserta kedua: 1-99 tahun) yuran pembayaran adalah sebanyak RM110.

Menariknya, peserta larian akan dibekalkan ‘race kit’ yang mengandungi t-shirt, bib dan medal Lola Baba, baucer, e-sijil, minuman isotonik, dan pelbagai lagi barangan dari penaja.

FB LolaBaba Baby & Kids Festival

Selain itu, peserta juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai jenis barangan dan hamper istimewa yang disediakan penaja.

Tarikh: 30 Mac 2019

Masa: 07:30am

Tempat: SCCC, Setia Alam

Jom, kita sama-sama sertai acara larian ini!

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!