Malam Semarak Ramadan Di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru

TEMA : MALAM SEMARAK RAMADAN
LOKASI : CAFÉ PARA PARA, HOTEL GRAND PARAGON, JOHOR BAHRU
HARGA BUFET : RM118.00 Bersih (DEWASA)
RM 55.00 Bersih (KANAK-KANAK)
TEMPAHAN : 07-2685255/5252/5329

Jika anda berada di Johor Bahru dan sedang mencari lokasi berbuka kami cadangkan anda ke Café Para Para yang terletak di Hotel Grand Paragon. Lebih dari 100 hidangan ala kampung dengan pelbagai menu variasi dari negeri ke negeri, tampil menyerikan buffet Ramdan yang bertemakan Malam  Semarak  Ramadan.

Tegas, Pembantu Pengurus Makanan Mohammad Herwan Misran, ini merupakan kali ketiga bufet Malam Semarak Ramadan diadakan  dengan mengekalkan harga yang sama. Bufet Ramadan ini bermula dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Bermula 13 Mei hingga 4 Jun 2019, setiap pembelian 10 baucar dewasa, percuma satu baucer berbuka. Manakala untuk  warga emas yang berusia 55 tahun ke atas, boleh menikmati diskaun sebanyak 20% dari harga asal.

DARI KIRI; Mohd Farez Isa, Kumar Angamuthu, Mohd Zawawi Ismail, Faudleen Hamidy (Chef Sous Executive), Noranim Mohd Idrus, Normawati Jamaludin, Liew Sook Yee (suggi) & Mohammad Herwan Misran (Penolong Pengurus Makanan)

Istimewanya  tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tanpa had. Antara menu popular seperti seafood shell out, kambing panggang kuzi, sup utara, kari lamb shank, asam pedas, ayam percik, daging salai masak lemak cili padi belimbing buluh, bubur lambuk kambing, babat masak lemak rebung dan banyak lagi.

Aneka kuih-muih tradisional cukup menyelerakan

Menurut Eksekutif  Sous Cef Faudleen Hamidy Ismail,  “Selain asam pedas yang kami masak secara live, kami juga menyediakan kuah kari dengan pilihan perbagai jenis ikan seperti ikan tenggiri, ikan Merah, siakap dan kembung.

Penggemar masakan kari, jangan lepaskan peluang menikmati menu istimewa ini.
Hidangan ‘signature’ saban tahun iaitu durian goreng yang sering mendapat permintaan yang tinggi.

Menariknya sambil  menjamu selera, tetamu dihiburkan dengan persembahan violin oleh Aqmal Daniel The Stylo Violinist bermula 9 Mei hingga 2 Jun 2019.

Bukan itu sahaja, malah bufet sahur dari jam 4.00 pagi hingga 5.30 dengan harga RM48.00 bersih (Dewasa) dan RM28.00 bersih (Kanak-Kanak) turut disediakan.

 

Sebagai nilai tambah dan daya tarikan sambutan semarak Ramadan tahun ini, Hotel Grand Paragon menawarkan penginapan dua hari satu malam menginap di bilik Standard, termasuk sarapan@sahur berserta makan malam@berbuka untuk dua orang pada harga RM 390.00 bersih.

Manakala untuk bilik istimewa pada harga RM200.00 bersih, termasuk  sahur atau bufet untuk 2 orang (tidak termasuk cukai pelancongan) juga disediakan.  Promosi pakej bilik Ramadan bermula dari 5 Mei 2019 sehingga 5 Jun 2019 sahaja.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!