Malaysia Destinasi Percutian Musim Panas Pilihan Pelancong Timur Tengah

Agoda, salah satu platform percutian digital yang paling berkembang maju di dunia telah mengumumkan destinasi pilihan utama pelancong-pelancong dari serata dunia bagi percutian musim panas berdasarkan data perjalanan yang diperolehinya.

Berdasarkan kepada data tersebut, Malaysia telah muncul sebagai sebuah negara destinasi utama bagi pelancong-pelancong dari Arab Saudi, dengan Kuala Lumpur di tempat teratas dalam senarai, manakala Langkawi di tempat ke-10.

The St. Regis Langkawi.       Kredit foto: agoda.com

Kuala Lumpur juga berjaya mendapat tempat di 10 teratas sebagai desinasi pilihan pelancong dari Timur Tengah, dan secara keseluruhannya, telah naik satu anak tangga dari tempat ke-9 tahun lepas ke tempat ke-8 dalam tahun 2019.

Di samping itu juga, data Agoda menunjukkan Tokyo, London dan Las Vegas masih menjadi destinasi percutian utama dalam tahun 2019. Jepun mendominasi rancangan percutian musim panas pelancong-pelancong Asia Pasifik dengan menggondol enam daripada 10 destinasi utama tahun ini.

Destinasi pillihan ramai adalah Tokyo, Osaka, Pulau Besar Okinawa, Kyoto, dan disertai oleh Sapporo dan Fukuoka, yang telah mengeluarkan Singapura dan Hong Kong daripada senarai 10 teratas.

Tarikan Tokyo sebagai destinasi perlancongan utama bukan terhad kepada para pelancong dari Asia semata-mata, malah ia juga mendapat tempat 10 teratas bagi pelancong-pelancong dari semua rantau. Data tempahan Agoda menunjukkan Tokyo melonjak ke tempat ke-2 bagi pelancong Amerika Syarikat dan tempat ke-5 bagi pelancong Eropah tahun ini.

Tokyo, Jepun.        Kredit foto: matadornetwork.com

Sementara pelancong Asia-Pasifik lebih cenderung untuk bercuti “dalam negara”, pelancong Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah lebih gemar merentasi benua untuk percutian musim panas mereka.

Ibu kota fesyen Eropah, London dan Paris adalah destinasi kota utama yang menjadi tarikan pelancong Timur Tengah tahun ini, manakala bandar raya Rome, yang penuh sejarah dan gaya chic Itali, mendapat tempat ke-3.

Destinasi Asia juga semakin mendapat tempat di hati pelancong Timur Tengah, dengan Bali dan Tokyo menyertai Bangkok dan Kuala Lumpur di dalam senarai 10 teratas tahun ini.

Las Vegas kekal di tempat pertama bagi pelancong Amerika Utara dalam tahun 2019, dengan Tokyo menjatuhkan New York dari tempat ke-2 ke tempat ke-3.

Kota-kota kosmopolitan London, Paris dan Rome dengan tarikan sejarah dan kontemporari juga mendapat tempat dalam senarai 10 teratas. Los Angeles, Orlando, Chicago dan Seattle adalah destinasi domestik utama dalam senarai 10 teratas musim panas tahun ini.

Sementara itu, pelancong Eropah bercuti lebih jauh dengan menggunakan lebih banyak perjalanan jarak sederhana dan jauh musim panas ini. Destinasi Asia telah menggantikan beberapa kota tradisional Eropah dalam senarai 10 teratas.

Antara destinasi popular Asia yang tersenarai adalah Bali, Bangkok, Tokyo dan Pattaya. New York dan Las Vegas juga telah memasuki senarai kegemaran pelancong Eropah, menandakan satu perubahan dalam tabiat percutian mereka.

Bangkok, Thailand.        Kredit foto: agoda.com

Jadi, anda pula bagaimana dengan tempat pilihan pelancongan untuk tahun ini? Jangan lepaskan peluang untuk meneroka keindahan baik di negara sendiri atau kembara ke negara orang.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!