Masak Lemak Daging Salai

 

MASAK LEMAK DAGING SALAI

BAHAN
500 gm daging salai
3 batang serai – ketuk
2 keping asam gelugur
2 cawan air
3 ikat pucuk ubi – rebus empuk
2 cawan santan pekat
Garam

BAHAN TUMBUK
3 cm kunyit hidup – tumbuk
20 tangkai cili api – tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan bahan tumbuk dalam periuk, daging salai,  asam gelugur, serai dan air.
  2. Setelah mendidih masukkan pucuk ubi. Biarkan seketika.
  3. Kemudian masukkan santan, kecilkan api. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih.
  4. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan bolehlah ditutup apinya.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!