Mayonis Oh Mayonis… Buat Sendiri Lebih Jimat

Mayonis mengandungi dua komponen penting dalam pembuatannya, iaitu telur dan minyak. Mula diperkenalkan di Sepanyol dan kemudian dipopularkan di Perancis sekitar tahun 1700-an, mayonis umpama pelengkap dalam sajian salad, burger dan pelbagai makanan lain yang bersesuaian.

Bagi penggemar mayonis, apa kata anda cuba sendiri membuatnya di rumah. Caranya agak mudah dan tidak perlu dimasak. Di sini disertakan beberapa jenis mayonis yang boleh dipelbagaikan cara pembuatannya.

MAYONIS 1

BAHAN
1 ½ minyak jagung
½  sudu  besar jus lemon
1 biji telur
1 sudu kecil madu
Secubit garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan semua bahan dalam pengisar. Kisar sehingga ke semua bahan likat.
  2. Tuangkan adunan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk lebih kental.

 

MAYONIS 2

BAHAN
3 biji kuning telur
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 ½ cawan minyak jagung
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil serbuk mustard

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan kuning telur, gula, garam dan mustard dalam pengisar. Kisar sederhana laju.
  2. Tuangkan secawan minyak jagung dan kisar . Kemudian tuangkan lagi lebihan minyak dan teruskan kisaran sehingga adunan likat. Mayonis ini boleh tahan selama 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.

 

Kredit foto: pichandswirl.com

MAYONIS 3

BAHAN
1 cawan minyak jagung
1 biji kuning telur
1 biji putih telur
½ sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil paprika
3 sudu besar jus lemon

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan kuning telur, jus lemon, garam dan gula serta satu sudu minyak jagung. Pukul sebati.
  2. Kemudian tuangkan minyak jagung, sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan putih telur. Kacau sehingga likat.

Kredit main foto: thepioneerwoman.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!