Mekdi Sentiasa Di Hati…

McDonald’s Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik Ke Seluruh Negara.

Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia menzahirkan jiwa ‘Malaysianya’ dengan memaparkan papan tanda Mekdi di 16 buah restoran terpilih di seluruh negara. Ia sekaligus bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu, sejak pembukaan pertama restoran McDonald’s di Bukit Bintang.

Papan tanda Mekdi singkatan bagi McDonald’s , telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di restoran McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya baru-baru ini. Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, jenama McDonald’s terus berkembang sehingga ke hari ini di atas sokongan padu para pelanggan. Papan tanda Mekdi mendapat sambutan hangat dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald’s Malaysia memberikan sentuhan baharu iaitu Nasi Lemak McD. Nikmati Rendang Ayam bersama nasi lemak harum, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal pedas. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).

Lebih menarik, McDonald’s turut menyuntik citarasa tempatan menerusi menu pencuci mulut, dengan memperkenalkan McFlurry Cendol yang luar biasa enaknya. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s sempena bulan Merdeka ini, sila lawati www.mcdonalds.com.my.