Melancong Pun Boleh Buat Duit? Begini Caranya…

Anda tentu hairan bila melihat ‘mat saleh’ boleh travel keliling dunia. Rata-rata mereka ini kebanyakannya muda-muda lagi. Ada yang travel secara solo dan berkumpulan.

Apa yang kerap terlintas di kepala, macam mana mereka dapat duit sehingga boleh travel ke banyak negara? Apa pekerjaan yang mereka buat?

Kalau anda nak tahu, dengan travel juga boleh mendatangkan keuntungan atau sumber pendapatan. Silap haribulan jika anda rajin dan terlebih kreatif, anda boleh memperolehi keuntungan yang lumayan.

1.Personal Shopper

Siapa yang suka shopping pasti akan menyukai pekerjaan ini. Sambil shopping boleh bercuti oversea lagi. Caranya, mudah saja. Anda boleh membuka pesanan kepada sesiapa yang berminat. Sebagai personal shopper anda boleh mendapat untung dari tuntutan cukai atau boleh ‘mark up’ harga barangan yang dipesan.

Kredit Foto: Fisherfunds.co.nz

2.Jual Barang

Jika anda seorang ‘influencer’ dari facebook, instagram atau blogger dan mempunyai followers yang ramai, anda boleh gunakan platform media sosial untuk mempromosikan barangan jualan anda kepada followers anda. Macam-macam barangan yang anda boleh jual seperti, pakaian, kasut, beg tangan, dan bermacam-macam lagi.

Kredit Foto: Dik Wan instagram

3.Vlogging

Vlogging atau video + blogging kini semakin popular sejak adanya youtube. Seperti yang anda sudah maklum, youtube adalah merupakan sebahagian dari Google. Jadi, dengan menggunakan youtube sebagai platform iklan, anda boleh menjana pendapatan dari video yang anda hasilkan.

Kredit Foto: thewirecutter.com

Untuk pengetahuan anda, youtubers (vlogger yang menggunakan youtube) di sana lebih awal menjana duit dari youtube malah ada yang sudah bergelar jutawan.

4.Blogging

Di zaman kepesatan teknologi maklumat ini sangat mudah untuk memperolehi wang melalui internet. Rata-rata mereka yang gemar melancong mempunyai blog atau website. Melalui platform ini mereka akan menulis pengalaman, itinerary, tip, rujukan dan macam-macam lagi.

Kredit Foto: Money Home Blog

Jadi, anda juga boleh melakukan hal yang sama dengan menjadikan blog atau website anda sebagai platform iklan, contohnya google adsense, infolink, chitika dan lain-lain.

5.Jual Gambar dan Video

Semestinya, bila travel anda mahukan gambar yang cantik dan menarik. Selain untuk dijadikan koleksi peribadi anda juga boleh mendapatkan wang dengan cara menjualnya di ShutterStock, Smug, Mug, iStockPhoto, 500px Prime dan banyak lagi.

Kredit Foto: Travel.luxury

Untuk video, anda boleh menggunakan platform Skillshare, Uscreen, Video on Demand dan bermacam-macam lagi.

6.Menulis Artikel

Semasa pergi bercuti atau travel, anda ambil sedikit masa untuk mencatat pengalaman yang anda lalui serta perkara menarik yang terjadi.

Kredit Foto: Thebalancesmb.com

Pulang dari bercuti anda boleh menulis artikel kemudian menjualnya di platform-platform seperti ArticleSale, Dot Writer, dan Swarm Content. Kalau nak tahu bayaran untuk artikel ini dalam USD tau. Wah, masyukkk!

7.’Paid Review’

Zaman sekarang amat mudah untuk mendapatkan duit, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang berpengaruh serta memiliki followers yang ramai di media sosial. Contohnya instafamous.

Kredit Foto: Better Business Bureau

Pekerjaan sebagai instafamous ini sebenarnya bukanlah mudah dan tidaklah terlalu susah. Mereka dibayar untuk buat ‘review’ sesuatu produk atau servis. Paling masyuk jika dapat buat review hotel dan pakej pelancongan. Sambil bekerja boleh ‘check in’ hotel mahal dan bercuti.

Kredit Foto  Cover: Buckheadtravelpartners.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!