Menu Berbuka Lain Dari Yang Lain, Gerenti Terangkat..!

Sambal Dayak

Bahan
250 gm pucuk ubi  – tumbuk lumat
300 gm terung pipit
200 gm ikan bilis – goreng
150 ml minyak masak
Garam

Bahan Tumbuk
200 gm cili hijau
10 gm cili padi
100 gm belacan
150 gm ikan bilis

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak, goreng terung pipit selama tiga minit atau sehingga terung kelihatan sedikit garing. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan tumbuk, pucuk ubi, dan ikan bilis goreng.
  3. Masukkan pula terung pipit dan garam secukup rata. Kacau rata dan tutup api.

 

Bergedil Ikan

Bahan
2 keping ikan tenggiri
3 biji ubi kentang – belah dan goreng
1 tangkai daun sup – hiris halus
1 biji telur – pukul sedikit
12 biji tomato ceri
1 biji timun Jepun – hiris kasar
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit bawang goreng
Lidi sate
Sedikit garam dan gula
Minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Ikan digoreng dan dibuang tulangnya. Tumbuk isi ikan sehingga hancur. Ketepikan.
    Ubi kentang yang telah digoreng, ditumbuk halus. Ketepikan.
  2. Satukan isi ikan dan kentang yang telah ditumbuk di dalam pinggan.
  3. Bubuh sedikit garam, gula, daun sup, bawang goreng dan serbuk lada sulah. Gaulkan ke semua bahan sehingga sebati.
  4. Kemudian bentukkan bulat dan bujur. Ketepikan.
  5. Setelah dibentukkan, dicelupkan pula ke dalam telur dan digoreng dengan minyak yang panas. Angkat dan tuskan minyaknya.
  6. Untuk hiasan, cucuk bergedil ikan dengan lidi sate berselang- seli dengan hirisan timun dan tomato mengikut kreativiti anda.

 

Kulit Tembikai Masak Air

Bahan
½ biji isi kulit tembikai berwarna putih – potong kecil
4 ulas bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 sudu lada hitam
2 sudu budu
2 cawan air
Sedikit ikan bilis

Cara Penyediaan

  1. Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan
  2. Kemudian masukkan ikan bilis, bawang merah, bawang putih, lada hitam dan budu.
  3. Selepas sebati, baru masukkan kulit tembikai.
  4. Masak sehingga kulit tembikai empuk.

 

Asam Rebus Ubi Kayu

Bahan
3 ketul ubi kayu – buang kulit, kerat pendek dan rebus
2 keping asam gelugur
Sedikit ikan bilis – bersihkan dan ramas
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
Garam

Bahan Kisar
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm belacan / kiub ikan bilis

Cara Penyediaan

  1. Satukan bahan kisar di dalam periuk bersama daun kunyit.
  2. Masukkan air secukupnya dan masak di atas api perlahan.
  3. Kemudian masukkan ubi kayu dan ikan bilis.
  4. Sebatikan garam dan asam gelugur.
  5. Masak sehingga mendidih.

 

Rendang Bunga Betik

Bahan
400 gm bunga betik
2 cawan pati santan
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit – hiris halus
Garam dan gula

Bahan Kisar
20 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
1 sudu besar udang kering

Cara Penyediaan

  1. Rebus bunga betik sehingga layu dan tuskan airnya.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali bunga betik, garam, gula dan hirisan daun kunyit di dalam kuali.
  3. Masak sehingga terbit minyak. Akhir sekali masukkan bunga betik, hirisan daun kunyit,  kerisik, gula dan garam. Kacau rata dan padamkan api dapur.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!