Menu Orang Bujang Yang ‘Ada-Ada’

AYAM BBQ

BAHAN
1 ekor ayam – potong empat
3 sudu besar serbuk kunyit
3 batang serai – ketuk
4 cm halia – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1 botol sos BBQ
300 gm sos Thai
Garam secukup rasa

CARA

  1. Ayam digaulkan dengan halia, serai dan bawang putih.dalam rebusan ayam.
  2. Kemudian gaulkan dengan sos BBQ dan sos Thai.
  3. Biarkan sos meresap. Bakar sehingga masak. Sedia dihidangkan.

 

 

CHICKEN CHOP MARINARA

BAHAN
1 keping dada ayam
½ sudu kecil serbuk cayenne
½ sudu kecil serbuk paprika
½ cawan tepung gandum
2 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN SOS
½ cawan air
3 sudu besar sos tomato
½ labu bawang besar – potong dadu
2 sudu besar mentega
Garam dan gula secukup rasa

CARA 

  1. Perap ayam bersama serbuk cayenne dan paprika selama 30 minit.
  2. Untuk sos , masukkan tepung, garam dan gaul sebati.
  3. Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
  4. Panaskan  mentega, setelah cair masukkan bawang besar dan kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan sos tomato dan sedikit air. Diikuti dengan garam dan gula. Biarkan seketika.
  6. Di kuali lain, cairkan mentega. Masak brokoli dan asparagus separuh masak. Angkat dan letak dalam pinggan.
  7. Celupkan ayam perap ke dalam tepung dan kemudian celup dengan telur dan kemudian gaul  dalam tepung, goreng.

 

JEJARI IKAN SOS KEJU PEDAS

BAHAN
600 gm filet ikan isi putih – potong jejari
50 gm serbuk roti
1 sudu kecil garam

BAHAN SOS KEJU PEDAS
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil mustard
2 cawan susu
1 cawan  keju cheddar – parut
2 sudu sos cili pedas
Garam dan lada sulah

CARA

  1. Gaulkan filet ikan isi putih dengan garam, lada sula dan telur.
  2. Kemudian golekkan ikan dengan serbuk roti.  Goreng ikan sehingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. SOS KEJU PEDAS: Cairkan mentega dalam kuali. Kemudian masukkan tepung dan mustard gaul sebati. Kacau perlahan-lahan tetapi jangan sampai perang.
  4. Masukkan susu dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan keju dan sos cili pedas.
  5. Biarkan keju cair. Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah. Kacau sebati. Padamkan api, dan hidangkan bersama jejari ikan.

 

MUSHROOM ON TOAST

BAHAN
2 keping roti – bakar
180 ml krim masakan
1 sudu besar keju parmesan
1 sudu besar keju mozzarella

BAHAN TUMIS
½ labu bawang Holland – hiris
2 ulas bawang putih – cincang
2 biji cendawan shiitake – hiris
6 batang cendawan shimeji
1 sudu besar mentega

CARA

  1. Bakar roti dan ketepikan.
  2. Panaskan mentega, tumiskan bahan tumis sehingga cendawan lembut.
  3. Selepas itu, masukkan krim masakan, keju parmesan dan mozzarella.
  4. Gaul sebati dan didihkan sehingga pekat. Kemudian siramkan di atas roti. Hidangkan.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!