Mi Hokkien Udang Sedap & Mudah Cara Masaknya. Ikut Langkah-Langkah Yang DiSediakan.

Menu Mi Hokkien ini sangat sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Cara penyediaannya juga ringkas dan menjimatkan masa. Jika ingin rasa pedas, boleh dimakan bersama sambal atau kicap cili.

MI Hokkien Udang

BAHAN
250 gm mi Hokkien
2 ketul  kiub ayam
4 ekor udang harimau
2 ekor sotong – hiris kasar
50 gm isi ayam
3 batang sawi
50 gm kubis bulat
3 keping kek ikan
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
Sedikit serbuk lada putih
2 cawan air
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN 

1. Celur mi Hokkien sehingga lembut. Angkat, tuskan dan diketepikan.
2. Di kuali lain, tuangkan air dan kicap pekat. Biarkan mendidih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Kemudian masukkan mi dan biar seketika.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Masukkan kek ikan,  udang, ayam dan sotong. Biarkan masak seketika.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. Kemudian masukkan kubis, sawi, kiub ayam, serbuk lada putih dan kicap cair. Kacau sebati. Jika perlu taburkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!