‘Micro sleep’ 2 Saat Boleh Membunuh. Elakkan Dengan Cara Ini

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa sedang memandu anda terlelap seketika atau hilang tumpuan dan apabila tersedar kenderaan anda sudah begitu rapat dengan kenderaan di depan anda, ataupun anda dihon oleh kereta lain kerana makan jalan orang lain? Jika pernah itulah sebenarnya yang disebut sebagai micro sleep.

Kredit foto: Netral English

Mungkin ramai sebenarnya tidak perasan mereka pernah mengalami ‘micro sleep’ sewaktu memandu. Walaupun terlelap hanya seketika, ia cukup membahayakan diri dan nyawa kerana boleh mengakibatkan kemalangan maut.

Jadi sempena musim perayaan ini, pasti ramai yang akan memandu pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta.

Di sini admin ingin berkongsi info tentang micro sleep dan cara untuk mengatasinya.

Apa Itu Micro Sleep

Micro sleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ia suatu perlakuan tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat di kawal di mana kita akan terlelap atau tertidur seketika untuk beberapa saat tanpa disedari.

Kredit foto: Vitdaily

Kebiasaannya micro sleep berlaku tanpa amaran dan antara penyebab utama berlakunya kemalangan di jalanraya. Malah micro sleep juga boleh terjadi semasa menonton tv, ketika berada di dalam kelas, menghadap komputer dalam jangka masa yang lama dan sebagainya.

Faktor Berlaku Micro Sleep

Kredit foto: Tribunews.com

Micro sleep terjadi disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya;

  1. Kepenatan disebabkan oleh pemanduan jarak jauh. Badan yang letih menyebabkan otak akan tertidur selama beberapa saat, sekalipun mata terbuka dan tangan anda memegang stereng.
  2. Kondisi kesihatan dan kecergasan pemandu yang tidak baik juga boleh menyebabkan berlakunya microsleep.
  3. Kurang tidur atau jadual tidur yang tidak menentu menyebabkan berlakunya perubahan corak pola tidur. Disebabkan gangguan pada corak tidur yang normal boleh menyebabkan keletihan dan mengantuk. Mereka yang mengalaminya berisiko membuat keputusan yang salah, kurang berwaspada dan sukar untuk memberikan tumpuan.
  4. Bentuk dan permukaan jalan raya serta keadaan cuaca boleh menyebabkan mengantuk kerana ketika itu segala input daripada deria penglihatan dan pendengaran sudah tidak dapat diproses.
  5. Tanda-Tanda Micro Sleep
  1. lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
  2. Pandangan kosong, mata berkelip lebih kerap.
  3. Menguap berlebihan dan tersentak secara tiba-tiba.
  4. Kepala tersengguk-sengguk.
  5. Kelopak mata semakin tertutup dan kuyu.
  6. Tidak boleh fokus kepada pemanduan.
Kredit foto: Apa Cerita

Indiividu yang menjadi mangsa micro sleep merasakan dia masih memandu sedangkan dia telah shut down dan ini boleh berlaku ketika mata masih terbuka. Jadi sekiranya anda rasa perlu memandu jauh pastikan anda mendapatkan tidur yang mecukupi. Seelok-eloknya cuba elak dari memandu pada waktu puncak mengantuk iaitu di antara 3 hingga 5 pagi dan 2 hingga 4 petang.

Cara Atasi Micro Sleep

Salah satu cara yang mungkin boleh kita amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan rasa mengantuk sewaktu memandu ialah dengan mengamalkan power napping. Jangan paksa diri untuk terus memandu dalam keadaan badan letih dan mata mengantuk. Berhentilah di mana-mana tempat selamat dan lelapkan mata sebentar. Lima minit pun cukup atau berhenti setiap dua atau tiga jam jika pemanduan jarak jauh

Apa Itu Power Nap?

Kredit foto: The Conversation

Menurut Dr. Ahmad Rostam Md. Zin, Presiden Early Career Psychiatrist Malaysian Psychiatric Association yang dipetik dalam sebuah portal menjelaskan bahawa, power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15 – 30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan ‘physical performance’. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengah hari. Bagi umat Islam ia bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah sebahagian dari sunnah nabi saw. Waktu terbaik untuk dilakukan bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, waktu yang digalakkan adalah sebelum zuhur (qailullah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Namun begitu sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah adalah antara 15-20 minit sahaja. Walaubagaimanapun, perlakuan ini tidak digalakkan untuk dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengah hari akan menyebabkan otak anda lebih lambat berfungsi secara optima semula seolah-olah macam komputer yang lambat ‘loading’.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah memandu di jalan raya pada musim perayaan ini. Semoga anda selamat sampai ke kampung halaman.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!