Nak Tahu Cara Pilih Tembikai Manis? Ikut Petua Orang Lama Ini, Pasti Tak Mengecewakan

Tembikai antara buah yang disukai ramai dan sering menjadi pilihan terutamanya di bulan Ramadan. Mungkin kerana sifat buahnya yang sejuk, menjadik an tembikai sangat popular.

Tahukah anda?

  • Terdapat dua jenis tembikai iaitu jantan dan betina. Tembikai betina selalunya bulat, manakala tembikai jantan panjang dan lonjong.
  • Tembikai betina kurang biji dan rasanya manis. Tembikai jantan, banyak air dan sesuai dibuat jus.
  • Tembikai sebenarnya ialah buah dan sayur. Jangan terkejut, sebenarnya sebiji buah tembikai boleh dimakan semua termasuk kulitnya. Isi putih kulit tembikai enak ditumis air atau digoreng. Biji tembikai dikeringkan kemudian disangai menjadi kuaci.
  • Terdapat lebih dari 1000 jenis tembikai di dunia tetapi ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu tembikai berbiji, tanpa biji, kuning atau oren.
  • Berat tembikai boleh mencecah 100 kg dan rekod dunia pernah merekodkan tembikai terberat di dunia iaitu 160 kg pada tahun 2013.

Teknik Memilih Tembikai Manis

  1. Pilih tembikai berbentuk bulat, kecil tetapi berat bila ditimbang kerana ia kurang biji dan rasanya lebih manis.
  2. Tembikai berbentuk lonjong kebiasaannya mempunyai banyak air dan biji.
  3. Jika permukaan kulit tembikai licin menandakan tembikai sudah masak dan kalau kulitnya kesat itu bermakna masih mentah.
  4. Kalau tangkai tembikai berpintal atau kerinting, buahnya manis.
  5. Jika tangkai kelihatan lisut, kering atau kecut itu tandanya tembikai sudah sempurna masak. Jangan sesekali memilih tangkai yang berwarna hijau, ada kemungkinan buah dipetik awal dan belum masak.
  6. Warna tembikai yang lebih gelap lebih manis.
  7. Tompok kuning di bawah buah lebih baik berbanding berwarna putih.
  8. Jalur tembikai yang sekata dan kemas tidak serabut, buahnya manis.
  9. Jika tapak bulatan kecil pada bawah tembikai, itu bermakna buahnya manis.
  10. Tepuk buah tembikai beberapa kali, jika bunyi kosong buatnya elok dan padat.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!