Nak Travel Tapi Duit Tak Pernah Cukup? Cuba Tips Ini

Sebenarnya, kalau nak travel tak semestinya perlu kerja bagus atau bergaji besar. Apa yang penting adalah keinginan. Jika ada keinginan pasti ada jalamnya. Untuk artikel kali ini, kami kongsikan beberapa tip yang boleh anda praktikkan supaya tiada lagi masalah yang membelenggu fikiran dan menghalang impian anda untuk travel seperti orang lain.

1.Menyimpan Setiap Bulan

Kredit: twitter Jane F

Jika sebelum ini anda boros atau suka menghabiskan duit kepada benda yang bukan-bukan, apa kata anda menyimpan walaupun sedikit supaya impian untuk anda travel tercapai. Contohnya, jika gaji anda sebulan RM1500, cuba asingkan 15 peratus daripada gaji anda setiap bulan sekitar RM150. Setahun anda sudah dapat RM1800. Sekurang-kurangnya lepas juga bajet kalau nak ke Thailand atau Indonesia.

2.Menabung Duit Syiling

Kredit: Dream

Amalan menabung memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi. Ia perlu diterapkan sejak dari kecil lagi supaya terbentuk satu kebiasaan dalam diri untuk terus menabung bagi kegunaan di masa hadapan. Namun, bagi anda yang baru mula berjinak-jinak hendak menabung, anda boleh cuba tip ini. Selalunya orang tidak suka menyimpan duit syiling dalam dompet mereka kerana akan rasa berat. Jadi, cuba anda kumpul duit syiling tersebut dan masukkan ke dalam tabung. Jangan pandang remeh dengan duit syiling, mungkin nilainya rendah tetapi jika disimpan tiap-tiap hari, pasti anda sendiri akan terkejut dengan hasilnya. Jadi, rajin-rajinlah menabung duit syiling.

3.Main Kutu

Kredit: Kosmo

Cara ini sangat popular di kalangan orang perempuan khususnya orang-orang kampung. Walaupun ada yang beranggapan cara ini agak lapok, tetapi sebenarnya dengan cara ini anda dapat meningkatkan simpanan anda untuk kegunaan masa depan.

Kebiasaannya orang yang bermain kutu ini perlu menunggu giliran sebelum mendapatkan simpanan hasil daripada bermain kutu. Jadi, bolehlah anda gunakan duit kutu ini untuk pergi melancong. Tetapi pastikan terlebih dahulu yang anda bermain dengan orang yang anda kenal atau anda percaya contohnya, rakan sepejabat, ahli keluarga dan sebagainya, takut-takut ada pula pihak yang mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai.

4.Kerja Sambilan/Part Time

Kredit: Free Malaysia Today

Dalam kegawatan ekonomi sekarang, kerja “part time” menjadi pilihan ramai orang untuk mencari duit lebih. Jadi, bagi anda yang benar-benar ingin melancong, anda juga boleh menggunakan cara ini.

5.Berniaga Online

Kredit: Nurraysa

Zaman sekarang merupakan dunia IT, jadi tidak hairanlah jika berniaga “online” semakin digemari. Jika anda tidak mempunyai ilmu dalam bidang “online” anda boleh bermula dari bawah iaitu menjadi “dropship” atau ejen terlebih dahulu kemudian bila sudah mahir barulah berniaga sendiri. Tetapi sebenarnya, dengan menjadi “dropship” atau ejen pun dah boleh mendapat keuntungan yang cukup lumayan. Dengan wang dari hasil berniaga “online” bolehlah anda buat simpanan untuk pergi travel.    

6.Guna Duit Dividen ASB atau Tabung Haji

Kredit: mrb78.info

Sesiapa yang belum ada akaun ASB atau Tabung Haji seeloknya bukalah akaun dan buat simpanan setiap bulan. Cuba disiplinkan diri untuk menyimpan paling minimum RM50 setiap bulan. Setiap awal tahun anda boleh semak dividen yang anda dapat hasil simpanan pelaburan anda. Sekurang-kurangnya duit dividen ASB atau Tabung Haji tersebut boleh buat belanja untuk anda pergi Travel.

Foto Depan: Oh Hangat

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!