Peminat Keria Antarabangsa Haji Jalil Tak Perlu Berpanas Lagi

Berita baik buat penggemar Kuih Keria Antarabangsa. Anda kini tidak perlu beratur panjang dalam panas dan berhujan demi mendapatkan ‘kuih viral’ ini. Pembukaan kedai baharu Kuih Keria antarabangsa Haji Jalil di Taman Limbongan Jaya, Melaka akan memberi keselesaan kepada anda untuk menikmati kuih yang sangat popular di Melaka ini.

Foto: FB Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Delivery

Restoran yang dilancarkan pembukaannya pada Januari yang lepas bakal menarik lebih ramai lagi penggemar keria baik dalam mahupun luar negara. Bukan itu sahaja, selain kuih keria dan laksa yang sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan, restoran baharu ini juga turut membuat penambahbaikan dengan menawarkan pelbagai menu yang tidak kurang enaknya seperti Asam Pedas Ramen Kg. Hulu dan pancake.

Foto: Rileklah.com

Restoran yang terletak di No. 29, Jalan Kristal Merah 2, Taman Limbongan Jaya beroperasi setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

Menurut rekod Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang telah wujud sejak 40 tahun lalu ini mampu mengeluarkan kira-kira 8,000 biji kuih sehari dan ia dijangka bertambah pada hari Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum.

Tunggu apa lagi, jom kita serbu ramai-ramai!

Sumber: Melaka Kini

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!