Penginapan Mewah Ala Camping Di Hotel East, Hong Kong

Ingin mencari suatu kelainan ketika menginap di hotel? Atau anda sedang merancang untuk bercuti di Hong Kong, mungkin boleh menjadikan East sebagai pilihan penginapan bersama keluarga tersayang. Rasai keindahan dunia ‘camping’ eksklusif yang dibawakan khas di bilik penginapan mewah.

Sempena kedatangan musim panas ini, East, Hong Kong telah menyediakan sesuatu yang benar-benar istimewa, sesuai untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Bermula 1 Julai hingga 8 September, pakej bilik ‘Urban Family Camp’ dibawa secara eksklusif di Harbour View suite, bermula HK$ 4,800* (RM2,531), bersama dengan tawaran hebat  termasuk makanan percuma dan diskaun.

Perkhemahan dan mainan yang menarik akan diatur di dalam suite untuk memastikan pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan bagi si kecil. Bagai mencari harta karun, si kecil anda akan ‘memburu’ hadiah tersembunyi di dalam bilik, sekali gus dapat mencetuskan rasa ingin tahu mereka.

Tawaran ini juga termasuk sarapan pagi dan makan malam percuma, serta minuman teh istimewa yang akan dinikmati di bilik atau di kafe Feast (Food by East). Anda juga boleh menikmati diskaun 30% untuk semua kemudahan makan di hotel ini.

East, Hong Kong terletak di salah satu kejiranan yang paling mesra keluarga di bandar sibuk ini. Di samping itu, nikmati pengalaman membeli-belah di pusat membeli-belah – Cityplaza.

Anda juga boleh bersiap untuk ekspedisi luar di Gunung Parker Trail atau hanya menikmati kawasan tepi laut di Quarry Bay Park. Berenang sambil berehat di kolam renang hotel juga merupakan idea yang bagus untuk percutian musim panas ini!

Ringkasan Pakej Bilik

Pakej ‘Urban Family Camp’ bermula dari HK$ 4,800* satu malam dengan keistimewaan seperti:

  • Satu malam menginap di suite Harbour View
  • Makan malam percuma dan sarapan pagi di Feast
  • Persediaan bilik khas dengan khemah perkhemahan, mainan dan makanan ringan
  • Memburu harta karun dalam bilik dengan hadiah selamat datang
  • Teh petang istimewa dihidangkan di bilik atau Feast
  • Diskaun 30% ke atas kemudahan makan hotel

Kadar harga bilik dikenakan bayaran perkhidmatan 10%.

Sarapan dan makan malam adalah untuk dua orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah

Pakej ini tersedia secara eksklusif dari 1 Julai hingga 8 September 2019 pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti umum. Untuk tempahan, sila layari www.east-hongkong.com atau hubungi +852 3968 3808.

Mengenai East, Hong Kong

East, Hong Kong menawarkan 339 bilik dan enam suite dengan pemandangan pelabuhan atau bandar. Menyediakan teknologi komunikasi terkini: TV LCD definisi tinggi dengan banyak saluran satelit, sambungan mudah untuk komputer riba dan internet broadband / WiFi percuma. Juga mempunyai gimnasium 24 jam iaitu Beast (Body by East) dan kolam renang.

Restoran makan malam, Feast (Food by East) menyajikan masakan antarabangsa dan kepakaran tulen Asia. Di tingkat 32, bar lounge, Sugar (Bar.Deck.Lounge) menyediakan teres al fresco yang luas dengan pemandangan ke pelabuhan.

Hotel ini bersebelahan dengan stesen MTR Tai Koo dan tidak jauh dari Central, Hong Kong. Ini menjadikan East sebagai destinasi penginapan yang strategik dan memudahkan aktiviti percutian anda.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!