Powercat 100% Buatan Malaysia

Bagi pencinta kucing, produk makanan kucing POWERCAT ini pasti cukup dikenali dan menjadi kegemaran kucing kesayangan anda. POWERCAT sememangnya produk makanan kucing yang bukan saja berkualiti tinggi, malahan kaya dengan protein, nutrisi serta omega 3 dan 6 yang memberi manfaat kesihatan terbaik.

Elizabeth Tan (tengah) dilantik sebagai duta POWERCAT.

Baru-baru ini media berpeluang dibawa melawat kilang pemprosesan POWERCAT di Rawang, Selangor, sekali gus melihat sendiri kaedah pemprosesan makanan kucing ini. Nyata, aspek kebersihan menjadi keutamaan agar penghasilan produk yang berkualiti tinggi sentiasa terjamin.

Pada majlis yang sama, POWERCAT turut mengumumkan duta mereka iaitu penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan.

Jaminan kualiti produk menjadi keutamaan.
Formulasi dan penghasilan POWERCAT kini 100% buatan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Syed Mahadzir Syed Manshor memberitahu, POWERCAT bakal mengukuhkan lagi jenamanya menerusi strategi pelarasan operasinya di Malaysia.

“Kami amat berbangga untuk memberitahu bahawa POWERCAT kini merupakan 100 peratus (%) buatan Malaysia. Diformulasi dan dihasilkan di Malaysia, kami memberi jaminan bahawa produk kami berkualiti tinggi dan mendapat piawaian terbaik untuk kucing kesayangan anda.

“Untuk makluman, POWERCAT merupakan salah satu produk keluaran Adabi. Menerusi pengalaman Adabi yang kini berusia 35 tahun, kami berharap pengguna memberi sokongan dan yakin dengan produk kami,” ujarnya.

Pihak media diberi penerangan tentang proses penghasilan POWERCAT.
Aspek kebersihan dan jaminan kualiti menjadi keutamaan dalam proses pembungkusan produk.

Ketika sesi lawatan kilang POWERCAT, pihak media didedahkan dengan proses penghasilan produk yang menggunakan mesin berteknologi tinggi. Kilang ini dapat menghasilkan lebih 100,000 karton produk dalam sebulan.

POWERCAT mendapat piawaian seperti The Association of American Feed Control (AAFCO) dan ISO9001:2015. Lebih membanggakan ialah piawaian bertaraf GMP+B8 yang menjamin keselamatan makanan haiwan itu diaudit dari Netherlands.

Kesucian produk POWERCAT juga diiktiraf Majlis Ulama Indonesia sebagai makanan kucing halal. Malah POWERCAT turut tidak mempunyai sebarang pewarna, pengawet dan tanpa garam tambahan.

Proses penghasilan produk menggunakan mesin berteknologi tinggi.

Info POWERCAT:

  • Diperkenalkan sejak tahun 2014.
  • Mempunyai dua jenis makanan iaitu kering dan basah.
  • Kategori kering – terdapat dua perasa iaitu ikan laut segar dan ikan tuna segar.
  • Kategori basah – terdapat empat perasa iaitu ikan laut segar, ikan tuna segar, ikan kembung segar serta gabungan ikan sardin dan tuna segar.
  • Turut menghasilkan produk yang lebih ekonomi iaitu Cahaya Hati.
  • Selain Malaysia, ia turut dipasarkan di Singapura, Indonesia, Filipina dan negara-negara lain.

Anugerah yang pernah diterima POWERCAT:

  1. 21 Jun 2017 – ‘Animals Edition of the World Branding Award’ di World Branding Award 2017 yang berlangsung di Hofburg Palace, Vienna.
  2. 2019 – ‘Makanan Kucing Terbaik’ oleh Kelab Kucing Malaysia di Pet Fiesta 2019 yang berlangsung di Setia City Convention Centre.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!