Projek Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Sandakan Bermula September Depan

Berita gembira buat warga Sandakan, projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan dijangka akan dilaksanakan bermula September depan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, pada masa ini projek itu sedang dalam proses pelantikan perunding projek dan dijangkakan akan selesai pada bulan Ogos.

Proses kerja bagi projek landasan Lapangan Terbang Sandakan ini akan mengambil masa selama 18 bulan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Mac 2021.

Selain memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sandakan dari 2,133 meter kepada 2,500 meter, turut dipertingkatkan pelbagai kemudahan di Lapangan Terbang Sandakan.

Ianya termasuk mempertingkatkan pembinaan Connecting Taxiway baharu, pelebaran kawasan parkir pesawat dan rekonfigurasi, menyediakan Precision Approach Light baharu serta kerja-kerja yang berkaitan.

Pelaksanaan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) juga perlu dilaksanakan memandangkan kawasan di hujung landasan berdekatan dengan paya dan sungai. Di mana ia juga merupakan kawasan yang sensitif, selain mengambil kira penjagaan alam sekitarnya.

SUMBER : Utusan Borneo

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!