Pulau Sabah ‘Magnet’ Pencinta Snorkeling Dunia

Terletak di tengah-tengah ‘Coral Triangle’ di Asia Tenggara, ‘rumah’ yang menghimpunkan kepelbagaian hidupan biologi laut yang cukup cantik, Sabah umpama magnet yang menarik ramai penyelam dan penggemar snorkeling dari seluruh dunia.

Dengan taman marinnya yang indah dan pulau-pulau tropika, terumbu karang yang dipenuhi dengan kehidupan laut, air yang bersih dan pantai berpasir, ‘hotspot’ ini benar-benar memenuhi impian para penyelam.

Pulau Sipadan misalnya, kini menjadi satu lokasi penyelaman teratas di dunia – di mana para penyelam dapat melihat habitat parrotfish bumphead, spesies jerung yang tak terhitung jumlahnya serta bertemu rapat dengan penyu yang mesra dan berenang bersama barakuda yang sangat besar.

Sabah menawarkan pelawatnya pelbagai habitat marin yang boleh diterokai, termasuk lokasi ‘muck diving’ yang fantastik serta jarang ditemui misalnya mimic octopus, flamboyant cuttlefish, mandarinfish, ghost pipefish, frogfish, kuda laut, nudibranchs yang berwarna-warni.

Sekiranya anda penggemar aktiviti menyelam dan snorkeling, banyak pulau-pulau di Sabah yang menawarkan pengalaman menarik dengan keindahannya yang luar biasa. Antara pulau-pulau di Sabah yang boleh disenaraikan sebagai destinasi pilihan :

  1. Tunku Abdul Rahman National Park
Tunku Abdul Rahman National Park.        Kredit Foto: klook.com.

Terdiri daripada lima buah pulau: Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik dan Sulug. Mengambil masa 15 minit perjalanan dengan menaiki bot daripada bandar Kota Kinabalu, menggunakan Jeti Jesselton Point. Ideal untuk day trip, snorkeling, latihan menyelam dan penyelam baru.

Memberi pengalaman menyelam melihat terumbu karang yang berwarna-warni. Tetapi jika anda berhasrat untuk melihat jerung paus, seeloknya datang antara bulan Januari hingga April. Juga sesuai untuk aktiviti sukan  air dan jungle trekking.

Resort:

Bunga Raya Island Resort & Spa – www.bungarayaresort.com

Gayana Eco Resort – www.gayana-eco-resort.com

Gaya Island Resort – www.gayaislandresort.com

Manukan Island Resort – www.manukan.com

2. PULAU MANTANANI

Pulau Mantanani.        Kredit Foto: traveloka.com.

Terletak di Kota Belud, jarak perjalanan 80km daripada Kota Kinabalu. Mengumpulkan tiga buah pulau terpencil iaitu Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan. Untuk ke pulau ini anda perlu menaiki speedboat daripada Jeti Kuala Abai yang mengambil masa 55 minit perjalanan.

Memang agak memenatkan tapi cukup berbaloi apabila anda tiba di pulau ini. Lautannya jernih membiru. Jika gemar aktiviti menyelam yang lebih mencabar, apa kata ke Usukan Bay untuk melihat peninggalan bangkai kapal perang World War II Japanese.

Resort: Mari Mari Backpackers Lodge – www.mantanani.com

3.Pulau Tiga Park

Pulau Tiga Park.         Kredit foto: amazingborneo.com.

Terletak di Kuala Penyu, pulau yang juga terkenal dengan julukan Pulau Survivor kerana pernah menjadi lokasi utama untuk siri program terkenal, Survivor musim pertama, pemandangan di pulau ini dengan lautannya yang membiru pasti sangat ‘awesome’ untuk mereka yang cintakan alam sekitar. Untuk ke pulau ini anda perlu menaiki bot dari Kuala Penyu, dalam jarak perjalanan 45 minit.

Meski agak jauh, kepenatan pasti akan hilang sebaik saja melihat keindahan pulau Tiga Park ini. Tidak hanya berpeluang melihat hidupan marinnya, nikmati pengalaman mandi lumpur gunung berapi yang kaya dengan mineral dan pastinya akan memberi pengalaman berbeza. Di sini jua gunakan kesempatan untuk melihat orkid liar, burung-burung, monyet macaque dan monitor lizards.

Resort: Pulau Tiga Resort – www.sdclodges.com

4.Layang-layang

Layang-Layang.        Kredit foto: borneotravelnetwork.com.

Pantai syurga ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 300km ke barat laut Kota Kinabalu. Kawasan pulau yang luas menempatkan resort dengan 90 buah bilik, pangkalan Tentera Laut Malaysia dan koloni penetasan bagi beberapa jenis burung laut yang berhijrah.

Topografi terumbu karang terdiri daripada terumbu keras yang banyak di kawasan ini: sesetengah kawasan agak cetek dan boleh dilihat sewaktu air surut tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman 5 meter di dasar laut.

Antara hidupan laut yang terdapat di 14 tempat menyelam di sini ialah ikan jerung (black-tip sharks, hammerheads), jacks barracudas, bump-head parrotfish, lionfish, belut moray, penyu, nudibranches, gobies dan ikan ghost pipe.

Resort: Layang-Layang Island Resort – www.layanglayang.com/resort

5.PULAU LANKAYAN

Lankayan Island Dive Resort.        Kredit Foto: booking.com.

Mengambil masa 1 jam 30 minit mengunakan speedboat dari Sandakan. Pulau Lankayan (salah satu daripada tiga pulau di kawasan Sugud Islands Marine Convention) adalah tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan dan mempunyai kawasan menyelam yang cantik. Ia menjadi lokasi terkenal Leopard Sharks dan Dendritic Jawfish. Berdekatan dengan Turtle Islands National Park yang menjadi habitat penyu.

Resort: Lankayan Island Dive Resort – www.lankayan-island.com

6.TUN SAKARAN MARINE PARK

Tun Sakaran Marine Park.        Kredit Foto: blog.tourism.gov.my.

Terdiri daripada lapan pulau yang dikelilingi dengan habitat marin dan terumbu karang yang begitu indah. Pulau Sebangkat, Pulau Selakan, Pulau Tetagan, Pulau Maiga, Pulau Sinbuan, Pulau Mantabuan, Pulau Gaya dan Pulau Bohey Dulang adalah lokasi yang cukup sesuai untuk aktiviti jungle trekking untuk rakaman potret yang luar biasa. Ia terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki speedboat dari Semporna.

Jika anda tidak mahu bermalam di resort yang terdapat di salah satu pulau ini, anda boleh menginap di hotel yang terdapat di Semporna. Anda hanya perlu buat tempahan dive trip ke pulau-pulau ini dengan pengendali dive tempatan.

  1. Pulau Mabul
Pulau Mabul.        Kredit foto: sabahtourism.com.

Inilah destinasi menyelam berkelas dunia. 1 jam perjalanan dari Semporna dengan speedboat. Cukup sempurna untuk mereka yang gemar menyelam dan juga sekadar snorkeling. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis ikan unik, cantik dan tentunya memberi satu pengalaman luar biasa kala berada di dasar lautnya. Mabul adalah kawasan perlindungan ikan terbesar di Asia dan berdekatan dengan Pulau Sipadan.

Resorts:

Borneo Divers Resort – www.borneodivers.net

Mabul Water Bungalows – www.mabulwaterbungalows.com

Scuba Junkie Mabul Island Beach Resort – www.scuba-junkie.com

Seaventures Dive Resort – www.seaventuresdive.com

Sipadan Dive Center – www.sdclodges.com

Sipadan-Mabul Resort – www.sipadan-mabul.com.my

Sipadan Water Village Resort – www.swvresort.com

  1. Pulau Kapalai
Sipadan-Kapalai Dive Resort.        Kredit foto: borneocalling.com.

‘Perkampungan air’ mewah ini terletak 1 jam perjalanan dengan speedboad dari Sempurna. Dasar lautnya mempunyai bangkai kapal serta struktur binaan tiruan yang menjadi habitat sempurna pelbagai jenis ikan. Penyelam pasti menggemarinya! Pulau ini berdekatan dengan Pulau Sipadan dan merupakan habitat penyu. Ia menjadi lokasi terbaik untuk aktiviti menyelam, merakamkan foto perkahwinan mahupun berbulan madu.

Resort :

Sipadan-Kapalai Dive Resort – www.sipadan-kapalai.com

  1. Pulau Pom Pom
Pulau Pom Pom.        Kredit foto: amazingborneo.com.

Pulau ini boleh diakses dengan menaiki speedboat dari Semporna yang mengambil masa 40 minit perjalanan. Menjadi habitat semula jadi penyu hijau bertelur. Pulau ini mempunyai kehidupan laut yang cantik serta kawasan pantai yang panjang.

Resorts:

Celebes Beach Resort – www.celebescuba.com

Pom Pom Island Resort – www.pompomisland.com

  1. Pulau Mataking
Peti surat Pos Malaysia di Pulau Mataking.        Kredit foto: mataking.com.

Sama ada menginap di chalet atau vila, Mataking adalah destinasi percutian yang cukup indah dan mewah. 45 minit dengan speedboat dari Semporna. Terokoi keindahan terumbu karangnya dan juga bangkai kapal karam di sini. Anda boleh berjalan kaki di pasirnya yang cukup mempesona untuk ke Mataking Kecil dari Mataking Besar.

Latar kedua-dua pulau ini sememangnya bagai ‘syurga’ untuk pengantin mengabadikan potret perkahwinan. Sempurna hasilnya!! Malah jika anda ke sini, jangan lupa kirimkan poskad di dalam satu-satunya peti surat dasar laut Pos Malaysia di negara ini.

Resort:

Mataking Reef Dive Resort – www.mataking.com

  1. Pulau Sipadan
Pulau Sipadan.        Kredit foto: youtube.com.

Salah satu ‘syurga’ aktiviti menyelam berkelas dunia, hanya 20 minit perjalanan dari Mabul atau Kapalai atau 1 jam dari Semporna. Menjadi habitat reef sharks, turtle tomb, barracuda dan trevally. Juga popular sebagai kawasan perlindungan burung.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.borneo.org atau www.sabahtourism.com.

Sumber: Dive Sabah Malaysian Borneo – Sabah Tourism Board

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!