Raikan Bapa Dengan Hidangan Jepun Di Hotel Pavilion Kuala Lumpur

Hero di hati semua. Namun kadang kala kita sering lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ‘unsung hero’ dalam hidup kita ini. Seperti mana Hari Ibu yang diraikan, hari istimewa buat ayah juga tidak wajar dilupakan.

Jika anda memilih untuk meraikan ayah tersayang, maka bawa lah ke Hotel Pavilion Kuala Lumpur untuk merasai pengalaman gastronomi yang unik. Di sini anda boleh menikmati hidangan masakan Jepun dengan menu inovatif di Restoran Ebisu yang terletak di aras lapan hotel.

Di Ebisu anda berpeluang merasai keenakan lima menu khas yang pasti akan membuatkan sambutan Hari Bapa menjadi lebih bermakna.

Sebagai pembuka selera, anda akan disajikan dengan Wild Garden Salad dengan salmon dan dihidangkan dengan Wasabi Shoyu Dressing. Kemudian diikuti dengan dua gulung Maki iaitu Grilled Eel Roll dan Soft Shell Crab Roll.

Sebelum ke menu utama, rasai keenakan Gyoza, istimewa daripada air tangan chef di Ebisu. Seterusnya mata pasti akan tertawan dengan persembahan Teppanyaki Grilled Angus Sirlon yang turut dihidangkan dengan nasi goreng bawang putih dan sup Miso.

Tunggu dulu! Jangan tinggalkan meja hidangan anda sebelum merasai menu pencuci mulut iaitu Coffee Jelly yang disajikan bersama buah potong segar. Inilah lima menu hidangan selera Jepun yang pasti akan membuatkan bapa tersayang tersenyum sepanjang hari. Perut kenyang hati pun senang!

Restoran Ebisu. Kredit foto: malaysianflavours.com

Menu khas lima hidangan ini boleh didapati untuk makan tengah hari (12 tengah hari hingga 3 petang) dan makan malam (6 petang hingga 11 malam), bermula pada 12 hingga 16 Jun pada harga RM220 setiap seorang.

Untuk membuat tempahan atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotel Pavilion Kuala Lumpur, hubungi 03-2117 2888 atau emel pavilionhotel-kualalumpur@banyantree.com.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!