Raikan Tetamu Dengan Ayam Masak Sultanas… Terangkat!!

AYAM MASAK SULTANAS

BAHAN
500 gm dada ayam – potong dadu
5 sudu besar rempah beriani
1 sudu kecil serbuk cili
1 labu bawang besar Holland -hiris
2 ulas bawang putih – cincang
2 sudu kecil parutan kulit oren
3 sudu besar jus oren
2 sudu besar sultanas
40 gm hirisan kacang badam – goreng sehingga keemasan
1/2 cawan yogurt asli
Sedikit garam dan serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN :
1. Tumis hirisan bawang Holland dan bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.
3. Masukkan rempah beriani dan serbuk cili . Kacau sehingga rempah wangi dan garing.
4. Selepas itu masukkan, parutan kulit oren dan jus oren. Masak lebih kurang 1 minit sehingga jus oren meresap.
5. Diikuti dengan yogurt, perlahankan api. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
6. Masukkan sultanas dan kacang badam. Kacau rata.
7. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Sebatikan rasa. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!