RENDANG UDANG GALAH

BAHAN

  • 1 kg udang galah
  • 500 ml santan pekat
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun kunyit – hiris halus
  • 2 sudu besar kerisik
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR

  • 5 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 20 tangkai cili padi
  • 4 batang serai
  • 5 cm lengkuas
  • 5 cm halia
  • 5 cm kunyit hidup

CARA

  1. Udang dibersihkan dan tuskan airnya. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.
  4. Tuangkan santan, reneh sehingga rendang menjadi pekat
  5. Kemudian masukkan udang galah dan kerisik. Kacau sehingga rata. Masukkan garam secukup rasa dan taburkan hirisan daun kunyit.