Resipi Dari Nenek, Sagu Gula Melaka Memang Sedap!!!

SAGU GULA MELAKA NANGKA

BAHAN A
70 gm sagu

300gm nangka masak – dipotong dadu kecil
Air secukupnya

BAHAN UNTUK KUAH SANTAN
1 ½  cawan santan kelapa
1 helai daun pandan (disimpul)
secubit garam

BAHAN UNTUK KUAH GULA
150 gm gula melaka/merah
2 ½ cawan air

CARA MENYEDIAKAN 

  1. Rebuskan biji sagu dengan air yang banyak dalam periuk. Biarkan ia mendidih dan kembang sambil dikacau. Tapiskan sagu dan basuh sebentar di dalam tapis yang sama. Tuangkan dalam bekas dan biarkan sebentar.
  2. Untuk membuat kuah santan pula, masukkan santan, daun pandan dan secubit garam. Masak hingga mendidih. Tutup api.
  3. Bagi kuah gula pula, dalam periuk berasingan, masak gula melaka dengan air sehingga pekat.
  4. Sudukan sagu, kuah santan dan kuah gula ke dalam mangkuk hidangan. Susun nangka di atas sagu.
  5. Sedia untuk hidangan. Nikmati ketika sejuk atau panas.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!