RESTORAN KECIL DI CAPE TOWN DINOBAT RESTORAN TERBAIK DUNIA

Restoran yang beroperasi di sebuah kotej berusia 130 tahun ini hanya boleh memuatkan 20 orang pelanggan sahaja untuk menjamu selera dalam satu masa. Dikenali dengan Wolfgat, restoran kecil ini terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan. Tetapi apa yang membanggakan, ia telah dinobatkan sebagai restoran terbaik dunia menerusi Anugerah Restoran Sedunia di Paris, Perancis pada awal Februari lalu.

Mula dibuka dua tahun lalu, restoran ini dikendalikan oleh Cef Kobus Van Der Merwe dengan bantuan enam orang pekerja. Keistimewaan Wolfgat ialah ramuan masakannya yang asli dan segar, diambil di lokasi berdekatan restoran. Roti dan menteganya juga dihasilkan sendiri oleh cef di sini.

Set menunya hanya mengandungi tujuh hidangan yang berharga sekitar AS$60 (RM245), nyata jauh lebih murah berbanding harga di restoran terkemuka di Paris. Meski begitu, suasana persekitarannya yang sederhana dan konsep makanan yang diamalkan, telah berjaya menambat hati juri.

Kobus Van Der Merwe mencipta resipi unik berpandukan masakan masyarakat Melayu Cape Town di situ. Antara hidangan menarik adalah rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom    dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain dan sayuran laut.

Kredit foto: journal.typeo.se & wantedonline.co.za

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!