Rojak Ayam Sambal Kacang, Untuk Minum Petang

 

 

ROJAK AYAM SAMBAL KACANG

BAHAN
2 keping dada ayam dibuang tulang
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SAMBAL KACANG
2 tangkai cili merah – sangai tanpa minyak
6 tangkai cili padi – sangai tanpa minyak
5 ulas bawang merah – sangai tanpa minyak
3 ulas bawang putih – sangai tanpa minyak
5 tangkai cili kering – sangai tanpa minyak
2 helai daun limau purut
500 gm kacang tanah – kisar
Air asam jawa
1 ketul gula merah – hiris
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN SAYUR
100 gm kacang panjang – potong dan dicelur
3 keping tauhu – goreng dan hiris kecil
1 biji timun – hiris
3 biji telur – rebus

BAHAN CUCUR
2 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan air
1 keping roti
2 tangkai daun kucai
1 labu bawang besar – hiris halus
Sedikit tauge
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1.  Satukan ke semua bahan cucur, dengan air secukupnya. Gaul atau bancuh adunan sehingga sebati. Biarkan adunan seketika. Kemudian goreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2.  Ayam digaulkan dengan sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung goreng ayam. Perapkan seketika, kemudian goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Hiris semua bahan sayur, ayam dan cucur. Ketepikan.
4. SAMBAL KACANG : Satukan ke semua bahan yang telah disangai tanpa minyak, lalu kisar halus bersama daun limau purut. Tuangkan bahan kisaran di dalam mangkuk.
5. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar bersama gula merah, gula, sedikit garam dan air asam jawa. Tuangkan sedikit air panas dan gaulkan kuah sambal ayam itu hingga sebati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!