Rove At The Park, Akses Terbaik Ke Dubai Parks & Resort

Dubai dikenali sebagai kota kosmopolitan yang dianggap sebagai kota paling mahal di Asia Barat dan sering menjadi tumpuan sebagai percutian mewah. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama ia masih menawarkan pilihan bagi pelancongan ekonomi untuk golongan kebanyakan.

Burj Khalifa adalah mercu tanda kota yang wajib dikunjungi. Berketinggian 828 meter, ia merupakan bangunan ikonik dengan seni bina Islam yang gah berdiri dikelilingi bangunan pencakar langit di Downtown Dubai.

Kredit foto: getyourguide.com

Selain itu, anda juga boleh melengkapkan kembara Dubai dengan berkunjung ke Dubai Akuarium & Zoo Dalam Air, Ski Dubai, taman dinosaur, penginapan mewah, pusat peranginan ternama dan pusat membeli-belah terbesar.

Bagi anda yang membawa anak-anak, inilah masanya untuk mencipta keriangan penuh mengujakan di Dubai Parks and Resorts. Ia menggabungkan sebuah taman tema bertaraf dunia yang menyediakan sesuatu untuk semua peringkat umur.

Dubai Parks and Resort.

Di sini terdapat Motiongate yang mengambil tema daripada produksi Hollywood dengan tunggangan berdasarkan filem blockbusters, Taman Bollywood membawa dunia industri filem terkenal di India dan Legoland Dubai untuk keriangan anak-anak.

Tawaran Eksklusif Sempena Pembukaan Hotel

Lebih menarik, bagi anda yang memilih untuk menginap di hotel Rove At The Park yang baru saja dibuka, anda akan berpeluang mendapat tiket ke Dubai Parks and Resorts. Sempena pembukaan, hotel dibawah kelolaan Rove Hotels ini menawarkan penginapan di Rove At The Park pada harga AED 199 (RM225) semalam dengan tambahan insentif dua tiket ke Dubai Parks and Resorts.

Tetamu di Dubai Parks and Resorts boleh mengakses lebih 100 tunggangan hiburan dan tempat tarikan menyeronokkan di seluruh MOTIONGATE™ Dubai, BOLLYWOOD PARKS™ Dubai, LEGOLAND® Dubai dan Taman Tema Air LEGOLAND®, selain akses percuma ke zon-zon bertema di Riverland™ Dubai.

Rove At The Park hanya terletak dalam jarak setengah jam memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum. Tetamu boleh mengakses dengan mudah beberapa pusat membeli belah dan hiburan serta tapak Ekspo 2020 Dubai.

Semua bilik direka untuk menggembirakan tetamu dengan skrin TV interaktif 48 inci berserta hab media pintar dan wi-fi percuma. Bilik-bilik ini mempunyai tilam berjenama, katil sisipan untuk tetamu tambahan dan bilik mandi moden dengan pancuran air hujan.

Hotel ini menawarkan perkhidmatan pintar seperti daftar keluar lewat pada jam 2 petang, gimnasium 24 jam, kolam renang dan dek matahari. Selain mempunyai kedai serbaneka butik 24 jam, kedai dobi layan diri dan bilik simpanan bagasi. The Daily ialah tempat bersosial sepanjang hari yang membolehkan tetamu menjamu selera di lokasinya atau untuk dibawa pulang.

Terdapat lima hotel lain di bawah jenama Rove Hotels di Dubai termasuklah Rove Downtown, Rove City Centre, Rove Healthcare City, Rove Trade Centre dan Rove Dubai Marina.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!