Rugi Tak Amalkan Daun Kari, 1001 Khasiat Tersembunyi

Daun kari sangat sebati dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari bau yang wangi, daun kari antara elemen masakan yang paling penting dalam masakan kita, terutamanya masakan kari. Tahukah anda daun kari sebenarnya mempunyai khasiat dan kebaikan yang tak ternilai khasiatnya. SAJILIBUR kongsikan kelebihan daun kari.

  • PENAWAR CIRIT BIRIT DAN BUASIR
    Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
  • Loya dan pening
    Rebusan air  daun kari yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening. Caranya campurkan satu sudu kecil jus daun kari (rebus dan kisar daun kari) dengan satu sudu kecil jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid, menghilangkan rasa loya bagi wanita mengandung.
  • RAMBUT LEBAT DAN BERKILAT 
    Mungkin ia kedengaran pelik, amalan meminum air rebusan daun kari dapat meningkatkan pertumbuhan rambut, menjadikan rambut berkilat dan mengelakkan uban. Caranya rebus beberapa daun kari di dalam air dan tambah madu atau gula dan sedikit perahan limau. Minum air rebusan  ini setiap hari selama seminggu untuk melihat hasilnya.
  • Diabetes
    Khasiat daun kari yang pertama adalah mengatasi penyakit diabetes. Siapa sangka jika daun wangi yang satu ini punya manfaat penting untuk menjaga kadar gula di dalam darah untuk mencegah diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
kredit foto https://www.znaturalfoods.com
  • TONIK HITAMKAN RAMBUT SEMULAJADI
    Campurkan satu sudu besar minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
  • LEBAM DAN BENGKAK
    Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
  • KECANTIKAN DAN KESIHATAN DIRI
    Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.
  • BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN
    Daun kari merangsang enzim pencernaan dan membantu memecahkan makanan dengan lebih mudah. Kajian menunjukkan daun kari membantu melindungi hati daripada penyakit dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!