SALAD KENTANG

BAHAN

  • 4 biji kentang russet – buang kulit, potong kiub 2 cm
  • 1 batang saleri – hiris halus
  • ½ batang lobak merah – hiris halus
  • 2 biji telur rebus – potong kasar
  • 1 batang timun jeruk – hiris halus
  • 2 tangkai daun bawang
  • ½ cawan mayonis
  • ½ cawan sour cream
  • 1 sudu besar wholegrain mustard
  • ½ biji lemon – ambil jusnya
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 500 ml air – untuk rebus kentang
  • Garam

 

CARA

  1. Rebus kentang bersama sedikit garam sehingga empuk. Angkat dan tuskan. Biarkan sejuk.
  2. Campur kentang dengan hirisan saleri, lobak merah, timun jeruk dan telur rebus.
  3. Masukkan mayonis, sour cream, mustard, lemon, serbuk lada hitam dan daun bawang. Gaul sehingga sebati.
  4. Simpankan seketika salad kentang di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.