Sawadikap… Selamat Datang Ke Hotel Mesra Muslim Pertama Di Bangkok!

Setiap kali ingin travel ke negara-negara yang bukan majoriti penduduknya beragama Islam, perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah mencari makanan halal.

Semestinya bagi pelancong Islam, sangat sukar untuk mencari hotel yang mesra muslim terutamanya bila berada di negara yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Kini tidak lagi. Jika anda berada di Bangkok, di sana  sudah ada hotel yang diiktiraf sebagai ‘Penyedia Layanan Mesra Muslim’ oleh Pusat Halal Teluk Emiriah Arab Bersatu (UAE). Hotel yang dimaksudkan ialah Al Meroz hotel yang dimiliki oleh Thai-Muslim TS Family Group.

Hotel yang terletak di daerah Ramkhamhaeng, Timur Kota Bangkok ini menawarkan sejumlah 242 buah bilik
Antara servis halal yang ditawarkan adalah makanan halal, ruang solat wanita dan lelaki berasingan, kolam renang berbeza waktu untuk wanita dan lelaki dan setiap bilik turut disediakan sejadah, al-quran dan arah kiblat.

Al-Meroz menyasarkan kunjungan sejumlah 1.6 bilion pengunjung yang beragama Islam di seluruh dunia antaranya dari Perancis, Jerman, negara-negara Scandinavia dan negara-negara Eropah Timur seperti Serbia.

Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini boleh ke laman sesawang mereka www.almerozhotel.com

Kredit foto: Al Meroz Hotel

Sumber: Syiok Travel

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!