Selamat Tinggal Ramadan… 29 Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal

Keterujaan menanti 1 Syawal nampaknya kian terasa. Tentu ramai yang sudah sampai ke kampung halaman untuk meraikannya bersama keluarga. Malah, ada yang sedang sibuk menyediakan pelbagai persiapan untuk berhari raya.

Malam ini pasti ramai yang akan menanti di depan televisyen untuk mendengar satu pengumuman penting bukan? Kalau pada zaman kanak-kanak dulu, inilah detik yang paling kita nanti-nantikan. Tetapi rasanya, bukan kanak-kanak saja yang teruja, yang dewasa ini kadang kala lebih lagi!

Sebelum menentukan tarikh rasmi bagi 1 Syawal, Jabatan Agama akan melakukan proses mencerap anak bulan. Tarikh Hari Raya Puasa akan ditentukan berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan akan diisytiharkan pada malam 3 Jun 2019 bersamaan 29 Ramadan 1440 Hijrah.

Kredit foto: bloomthis.co

Berikutan itu, terdapat 29 lokasi telah dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal pada petang ini sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ini. Antara lokasi tersebut ialah:

  1. Pontian Kecil, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
  3. Teluk Kemang, Negeri Sembilan
  4. Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor
  5. Bukit Melawati, Selangor
  6. Bukit Jugra, Selangor
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang
  9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pulau Langkawi
  10. Menara Alor Setar, Kedah
  11. Bukit Besar, Kuala Terengganu
  12. Bukit Geliga, Kemaman
  13. Pulau Perhentian, Besut
  14. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
  15. Bukit Peraksi, Pasir Puteh
  16. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  17. Bukit Besar, Terengganu
  18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
  19. Bukit Tanjong Batu, Nenasi
  20. Gunung Berincang, Cameron Highlands
  21. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
  22. Menara Kuala Lumpur
  23. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  24. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
  25. Esplanade Luak, Miri
  26. Teluk Bandung, Kuching
  27. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
  28. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
  29. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah

Moga kedatangan Syawal ini memberi 1,001 kemanisan buat seluruh umat Islam khususnya. Moga kita juga diberi peluang untuk bertemu kembali Ramadan pada tahun hadapan.

Kredit foto main: Kosmo

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!