Siput Sedut Masak Kicap Berempah

Daun kari merupakan penambah aroma dalam masakan yang mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Tahukah anda, daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaan mengatasi masalah penghadaman, cirit birit dan buasir.

Bahan
1 kg siput sedut
4 tangkai daun kari
6 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
3 cm halia – tumbuk
1 sudu besar cili kisar
4 tangkai cili padi – hiris kasar
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil tepung jagung – dicairkan
Minyak untuk menumis
Garam

Cara Penyediaan
1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2.Masukkan cili kisar, tumis lagi seketika sehingga pecah minyak.
3.Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, jus limau dan rempah kari. Biarkan mereneh seketika.
3.Selepas itu, bolehlah masukkan siput sedut, daun kari dan cili kering. Kacau rata dan rasakan garamnya. Biarkan ia masak.
4.Akhir sekali pekatkan kuahnya dengan air tepung jagung.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!