SOUQ SAMAK : PORT MAKAN WAJIB JEMAAH MALAYSIA DI MADINAH

Souq samak adalah merupakan salah satu di antara “warung makan” popular bagi penduduk Madinah. Bahkan, ia juga kini menjadi tempat makan yang semakin digemari bagi orang luar yang tinggal di Madinah.

Kiranya, kalau di Malaysia, tempat ini sudah tentu menjadi lokasi wajib untuk rancangan ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ membuat review. maka, tidak hairanlah apabila tempat ini menjadi ‘port’ para mutawwif membawa jemaah dari Malaysia singgah makan.

Tempat makan yang berkonsepkan “food court” ini terletak di Syari’ Qurban. Jika dari bahagian hadapan Masjid Nabawi, jarak perjalanannya sekitar 10-15 minit jika menaiki teksi dengan tambang berharga SR10.

Dikenali dengan nama Souq Samak atau dalam bahasa Melayu bermaksud Pasar Ikan disebabkan kebanyakan menu hidangannya adalah berasaskan ikan.

Selain itu, ia juga menyediakan hidangan “rare’ dan paling “special”  bagi penggemar daging kambing. Hidangan yang dimaksudkan ialah Kambing Salai Uyghur. Pasti anda tertanya-tanya, apa istimewa menu ini?

Keistimewaan Kambing Salai Uyghur ini adalah kaedah masakannya. Daging kambing ini bukanlah dibakar tetapi sebaliknya disalai di dalam sebuah lubang khas (kawah) yang dibina dalam tanah dan ditutupi dengan penutup besi. Kaedah yang digunakan ini menjadikan tekstur dagingnya rangup di luar dan lembut di dalam serta berbau “smokey”.

Daging kambing ini dihidang di atas talam bersama dengan nasi. ‘Saprah’ plastik akan dihamparkan di atas meja sebagai alas makan atau pinggan. Satu meja, satu saprah. Ala-ala makan “shell-out”.

Harga dikira mengikut berat. Setengah kilo kambing bersamaan SR45. Manakala nasinya pula SR5. Kalau rasa lauk banyak tetapi nasi tak cukup, jangan risau boleh “add-on”.

Oh ye, satu perkara perlu ingat, jika makan di sini, jangan berangan untuk pilih air yang sedap-sedap kerana hanya ada dua pilihan air sahaja iaitu air bikarbonat (gas) dan air kosong.

Menariknya, di sini juga ada menyediakan zon keluarga di mana lelaki, wanita dan kanak-kanak semua boleh makan di sini. Jadi, bolehlah angkut satu kampung berkenduri sekali! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah sampai Madinah, biar sampai dapat rasa kambing kawah bawah tanah!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!