Starbucks At Home, Nikmati Sendiri Kopi Premium Di Rumah

Tentu ramai peminat Starbucks di sini, kalau sehari tak minum ibarat tak keruan jadinya. Buat penggemar kopi premium ini, ada berita baik untuk anda! Kini anda boleh menikmati minuman istimewa ini hanya di rumah.

Nestlé baru-baru ini melancarkan Starbucks At Home, rangkaian produk kopi premium yang baharu untuk pengguna Malaysia dan Singapura. Ini merupakan pelancaran sulung sejak Nestlé dan Starbucks bekerjasama pada Ogos 2018 untuk membentuk ikatan kopi global. Malah, ini juga menandakan pertama kali kopi Starbucks ‘dibawa masuk’ ke kediaman di Malaysia dan Singapura.

Rangkaian kopi Starbucks At Home merangkumi 11 produk, termasuk biji kopi serta kopi panggang dan kisar yang dibungkus, dan juga kapsul Starbucks sulung yang dihasilkan menggunakan teknologi kopi dan sistem hak milik Nescafé Dolce Gusto.

“Ikatan antara Nestlé dan Starbucks menggandingkan tiga jenama ikonik dunia – Nescafé, Nespresso dan Starbucks – untuk membuka peluang menarik dalam pasaran kopi yang semakin berkembang di Malaysia dan Singapura.

“Kini, Nestlé berada di kedudukan yang lebih kukuh dalam menawarkan pilihan kopi terbaik untuk terus menambat hati dan selera pengguna di dua negara ini,” kata Ketua Pasaran Nestlé Malaysia/Singapura dan Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols,

Rangkaian produk kopi baharu ini termasuk pelbagai kopi adunan dan kopi tanaman tunggal tersendiri Starbucks, serta pilihan minuman klasik seperti Caramel Macchiato dan Cappuccino.

Semua produk dihasilkan menggunakan 100% kopi Arabica bermutu tinggi, yang dibeli secara beretika daripada peladang di kawasan penanaman kopi utama dunia yang mematuhi program Amalan Starbucks CAFÉ.

Menerusi rangkaian Starbucks di rumah, pengguna boleh menghasilkan semula nikmat rasa tersendiri Starbucks kegemaran mereka dalam keselesaan rumah sendiri.

Produk kopi “Starbucks at Home” boleh didapati di laman rasmi “Starbucks At Home” di Lazada (Malaysia) dan FairPriceOn (Singapura) serta laman web Nescafé Dolce Gustomulai 26 Ogos 2019, dan secara berperingkatdi platform e-Dagang dan peniaga runcit terkemuka.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!