Suka Ayam? Korang Cuba 5 Menu Ayam Ini. Terbaikkk…

AYAM LEMAK KENCUR

BAHAN
1 kg ayam kampung
4 cawan santan
1 keping asam gelugur
Sedikit daun cekur – hiris halus
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi merah
5 tangkai cili padi hijau
6 cm cekur
1 cm halia
2 cm belacan

CARA

  1. Lumurkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Bakar sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan, kacau sebati dan biarkan mesra.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan daun cekur. Kacau sebati.
  4. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Renehkan sehingga kuah pekat dan ayam empuk.

AYAM MASAK JINTAN

BAHAN
1 ekor ayam – potong 12
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kerisik
7 tangkai daun pudina
3 cawan air
Garam dan gula

BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm halia
1 sudu kecil lada hitam

BAHAN HIRIS
3 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
1 cm halia

BAHAN PENUMIS
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
1 helai daun pandan – siat dan simpul
1 batang serai – ketuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi

CARA

  1. Panaskan minyak, goreng bahan hiris sehingga kekuningan.  Kemudian masukkan bahan penumis, dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk kari. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kicap pekat , kerisik dan air. Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
  4. Perasakan masakan dengan garam dan gula. Taburkan daun pudina. Kacau rata.

 

AYAM BAKAR PERCIK SERAI

BAHAN

BAHAN A
200 gm bawang merah – kisar
150 gm bawang putih – kisar
50 gm halia – kisar
20 gm lengkuas – kisar
3 batang serai – ketuk
50 gm cili kering – dikisar
30 gm kunyit hidup – dikisar
2 helai daun kunyit – diracik
4 helai daun limau – dikoyak

BAHAN B
1 ekor ayam – potong dua

BAHAN C
1 biji kelapa santan – diperah
80 gm buah keras – dikisar
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa 

BAHAN HIASAN
Daun ketumbar – dihiris
Cili merah/hijau – potong dua
Bawang besar – dihiris

CARA 

  1. Panaskan kuali, masuk sedikit minyak masak dan tumis semua bahan A sehingga naik bau dan warna.
  2. Masukkan bahan C dan gaul rata.
  3. Masukkan ayam, masak sehingga separuh masak.
  4. Keluarkan ayam dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Selepas dibakar boleh dihidangkan.

AYAM MASAK ROSE

BAHAN
1 ekor ayam – potong 14
3 sudu besar cili kisar
6 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tomato puri
1/2 tin susu cair
3 batang serai – ketuk
2 sudu besar kismis hitam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN TUMIS
1 labu bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR
4 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

CARA

  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Lebihan minyak, tumiskan bahan tumis, kismis dan bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
  3. Kemudian masukkan cili kisar bersama serai dan biarkan ia masak sehingga terbit minyak.
  4. Apabila tumisan sudah garing, masukkan sos cili, sos tomato, dan satu cawan air. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  5. Kemudian bolehlah masukkan ayam yang telah siap digoreng. Kacau rata.
  6. Tuangkan susu cair bersama tomato puri. Kacau hingga sebati dan biarkan masak hingga kuahnya agak pekat.
  7. Sebatikan rasa garam dan gula secukupnya. Taburkan sedikit kismis dan bolehlah dihidangkan.

 

AYAM KICAP NENDA

BAHAN
10 ketul ayam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu garam
1 asam gelugur
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih – hiris halus
3 tangkai cili padi – hiris halus
5 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
1 biji tomato
½ labu bawang Holland – potong bulat
1 sudu besar gula

CARA

  1. Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali bersama serbuk kunyit, asam gelugur dan garam.
  2. Kacau hingga sekata dan biarkan ayam sehingga separuh masak.
  3. Kemudian masukkan minyak dan hirisan bawang putih serta cili. Seterusnya masukkan kicap, sos tiram, cili merah, cili hijau,tomato dan bawang Holland.
  4. Gaulkan sebati, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sekata.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!