Sup Makaroni Sayuran… Anak Suka, Ibu Setuju!

SUP MAKARONI SAYURAN

BAHAN
1/2 cawan makaroni
50 gm isi ayam – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
1 ulas bawang merah – hiris
½ sudu besar herba campuran
1 sudu besar minyak masak
1 helai daun bay
1 biji kentang – potong dadu
50 gm lobak merah – potong dadu
50 gm brokoli
50 gm bunga kubis
½ sudu kecil stok ayam
4 cawan air
1 sudu kecil lada putih
1 tangkai daun sup
Garam

CARA PENYEDIAAN 

  1. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam, herba campuran dan daun bay. Kacau seketika dan perisakan dengan garam lada putih dan stok ayam.
  3. Masukkan air, makaroni dan ubi kentang. Reneh selama 5 minit.
  4. Masukkan lobak merah, brokoli dan bunga kubis. Tutupkan api. Biarkan sup terus masak selama 1 jam. Taburkan daun sup dan hidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!