Superfood Nanas Khasiat Yang Perlu Anda Tahu

Buah nanas memiliki rasa yang sangat sedap, kaya dengan nutrien. Kandungan kalori yang rendah antara kebaikannya, sangat baik untuk kesihatan.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan.  Vitamin B3 (niacin) mengandungi kabohidrat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Potassium dan sodium pula mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

SAJILIBUR kongsikan 8 khasiat buah nanas

PENGHASILAN TENAGA UNTUK BADAN
Kandungan thiamin di dalam nanas juga tinggi. Thiamin merupakan vitamin B yang terlibat dalam menghasilkan tenaga.

KAYA VITAMIN C
Kandungan Vitamin C dalam nanas adalah separuh daripada keperluan harian. Ia menentang kerosakan sel dan juga bagus dalam melawan masalah seperti sakit jantung dan sakit sendi.

Kredit Foto https: cdn-ami-drupal.heartyhosting.com

SEBAGAI PERTAHANAN ANTIOKSIDAN
Nanas mengandungi mangan yang penting untuk pertahanan antioksidan.

UNTUK KESUBURAN DALAMAN
Kandungan vitamin dan mineralnya dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan
wanita.

CIPTA KOLAGEN SEMULAJADI
Sangat baik bagi membentuk tulang yang kuat dan mengelakkan osteoporosis. Membantu melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

MENGURANGKAN RISIKO SAKIT MATA
Nanas bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak. Kaya Vitamin  C yang sangat bagus untuk keanjalan dan kehalusan kulit.

USUS YANG SIHAT
Serat di dalam nanas memastikan usus sentiasa sihat dan menjaga sistem perkumuhan.

BAIK UNTUK BATUK
Jika batuk berkahak dan berhingus, antara petua orang lama adalah dengan  memakan nanas.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!